sukan

Johor Darul Ta’zim II (JDT II) menang besar

Johor Darul Ta’zim II (JDT II) mengukuhkan kedudukan di kelompok tiga teratas selepas memb3lasah UiTM FC 4-0 pada aksi Liga Perdana di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang, malam tadi tadi.

Ia kemenangan kelapan buat JDT II selepas mengharungi 11 perlawanan dengan mengumpul 25 mata dan perebutan kejuaraan liga tampak terbuka membabitkan skuad kendalian Mariono Echeverria, Terengganu FC II dan Kelantan FC yang masih mengungguli tangga teratas liga.

Di awal permainan, skuad kendalian Ismail Ibrahim melakukan percubaan tepat ke arah gol pada minit ketiga menerusi rembatan deras Muhamad Faris Hafiz Azhar tapi gagal menewaskan penjaga gol, Izham Tarmizi yang menangkap bola kemas.

Sedar pasukan pelawat tampak membara memburu gol awal, anak didik Echeverria kembali menyusun rentak permainan dengan melancar gerakan berb@haya namun kelibat Fernando Rodriguez yang dibantu Moussa Sidebe masih belum mampu merobek gawang UiTM FC.

Asakan bertali arus tuan rumah akhirnya membuahkan hasil pada minit ke-20 selepas sepakan lintang Adam Farhan Mohd Faizal membolehkan Daryl Sham George yang tidak dikawal menanduk masuk menewaskan penjaga gol, Ramdhan Ab Hamid.

Gol kedua menjelma buat anak didik Echeverria pada minit ke-26, berpunca daripada kesilapan benteng UiTM FC yang gagal mengeluarkan bola daripada kawasan bahaya menyaksikan Sidebe pantas menggelecek benteng pelawat sebelum menolak bola ke penjuru kanan gol menewaskan Ramdhan.

Ketika aksi babak pertama hampir tamat, UiTM FC hampir merapatkan jurang gol selepas vsepakan percuma Muhammad Nashran Elias dari jarak 25 meter sekadar singgah di palang gol tatkala Izham sudah tertewas.

Bersambung babak kedua, tuan rumah menambah derita UiTM FC selepas menghasilkan gol ketiga pada minit ke-62 menerusi jaringan Daryl Sham apabila menyudahkan umpanan Rodriguez untuk menewaskan Ramdhan.

sumber:- HM

Ketika aksi berbaki dua minit untuk ditamatkan bermula daripada bola lorongan Sidebe menyaksikan pemain gantian Gabriel Nisterrooy menjaringkan gol keempat buat JDT II untuk memastikan kemenangan 4-0 pada perlawanan itu.