sukan

Ketibaan Pengganti Mora

Era Benjamin Mora di Johor Darul Ta’zim (JDT) akhirnya ternoktah apabila disahkan kedudukannya selaku pengendali pasukan itu berakhir.

Ia diumumkan secara rasmi di laman sosial milik JDT, dengan Mora meminta untuk dilepaskan secara tiba-tiba bagi menyelesaikan urusan keluarganya.

Kelab JDT mengucapkan terima kasih kepada Benjamin Mora atas khidmat baktinya.Paling hebat diperkatakan ketika ini adalah juara bertahan Liga Super lapan kali berturut-turut itu akan mendapat sentuhan jurulatih dari Argentina dan individu berkenaan dikatakan sudah berada di negara ini.

Berikutan itu, beberapa nama seperti bekas pemain import JDT, Luciano Figueroa turut terpalit dengan spekulasi sebagai jurulatih baharu skuad itu.

sumber:- BH

Tidak cukup dengan itu, nama bekas pengendali skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe juga tidak ketinggalan dipetik di media sosial.