sukan

Dulu di bangku simpanan kini buktikan kesungguhan

Sekalipun sering ‘disidai’ di bangku simpanan, itu tidak bermakna pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) ‘berkarat’ selepas mereka membantu skuad Harimau Selatan memb3lasah Sarawak United 4-0, malam tadi.

Jurulatih kecergasan JDT, Jorge Alvarez jelas gembira selepas kelib4t beberapa pemain yang jarang diturunkan sebelum ini membalas kepercayaan yang diberikan dengan memperaga persembahan yang baik pada perlawanan terbabit.

Ada pemain yang jarang diturunkan seperti Adam (Nor Azlin), Ramadhan (Saifullah) dan Syahmi (Safari) menunjukkan persembahan yang baik. Tetapi kita tidak boleh setakat fokus pada satu pemain kerana satu pasukan berjuang untuk menang.

Apapun, tahniah kepada pemain kerana mengikut arahan yang dirancang dan kita pun tahu bermain di tempat lawan bukanlah satu aksi yang mudah. Fokus kita adalah untuk mendapatkan gol awal.

“Kita menghormati pasukan lawan dan tidak mudah untuk menang dengan keputusan 4-0 dalam liga seperti ini,” katanya.

Pada aksi di Stadium Negeri, Kuching itu, JDT membuktikan perpisahan dengan ketua jurulatih, Benjamin Mora tidak memberi kesan kepada mereka selepas memb3lasah tuan rumah 4-0 menerusi jaringan Ahmad Hazwan Bakri, Bergson da Silva, Syahmi Safari dan Fernando Forestier.

Kemenangan itu menyaksikan juara lapan kali itu mengukuhkan cengkaman di persada Liga Super dengan mengumpul 32 mata, empat mata di depan pasukan tangga kedua, Sabah.

Sementara itu, jurulatih skuad ‘The Crocs’, S Balachandran tetap menyifatkan anak buahnya beraksi dengan baik sekalipun keputusan perlawanan membawa kisah yang sebaliknya.

Kita men3ntang pasukan yang teratas dalam liga, dalam negara, di ASEAN serta bermain di Liga Juara Juara. Sudah tentu ini bukan perlawanan yang mudah tetapi saya percaya pemain bermain dengan baik.

sumber:- BH

“Kita tahu akan mendapat tekanan daripada JDT dari awal permainan. Walaupun ada kesilapan selain situasi bola mat!, saya rasa kita bertahan dengan baik,” katanya.