sukan

KL City buktikan kemampuan

Kuala Lumpur (KL) City bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Kedah Darul Aman (KDA) 2-1 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, malam tadi.

KDA berjaya mendahului pada minit ke-42 selepas pemain muda, Aiman Afif Md Afizul menanduk masuk bola hantaran kapten pasukan, Syazwan Zainon.

KL City terpaksa menunggu minit ke-56 untuk menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti Jordan Mintah selepas Kamal Azizi Zabri dijatuhkan pertahanan KDA.

Jaringan itu jelas menaikkan semangat anak buah Bojan Hodak untuk memburu jaringan kedua dan usaha mereka berhasil juga menerusi l3dakan Mintah yang menyudahkan hantaran Romel Morales pada minit ke-72.

Kedudukan 2-1 memihak KL City kekal hingga wisel penamat dan tiga mata berharga itu menyaksikan skuad City Boys merampas kedudukan keempat Liga Super daripada KDA.

sumber:- BH

KDA yang jatuh ke tangga kelima mengumpul 17 mata, hanya satu mata di belakang KL City yang sudah beraksi 13 perlawanan musim ini.