sukan

Luahan hati dan komen Mora selepas pengumuman JDT lepaskannya

Bekas pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora mengakui Tunku Ismail Sultan Ibrahim adalah mentornya yang banyak berjasa terutama dalam membentuk perjalanan karier kejurulatihannya.

Menerusi luahan di Story Instagram miliknya, beliau turut mengakui Tunku Ismail yang juga pemilik JDT berjaya mengubah dirinya untuk menjadi insan lebih baik dan berguna.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Tunku Ismail. Saya tidak mempunyai masa yang cukup untuk menunjukkan penghargaan saya dan terima kasih memberi saya peluang untuk berkembang sebagai pengurus, lelaki, bapa dan profesional.

“Anda selama-lamanya akan menjadi mentor saya dalam bola sepak dan kehidupan…anda mengajar saya bagaimana untuk menjadi manusia yang lebih baik. Moga kita bertemu lagi Boss dan Jeneral. Moga tuhan memberkati anda, keluarga anda dan negeri anda, saya sayang anda selamanya!” tulis Mora.

Semalam, JDT mengumumkan secara rasmi melepaskan jurulatih dari Mexico itu selepas beliau meminta untuk pulang ke negaranya bagi menyelesaikan urusan keluarga.

Ujar Mora lagi, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada penyokong skuad Harimau Selatan yang sentiasa berada di belakang pasukan selama ini.

Kepada semua penyokong JDT yang hebat, yang sentiasa percaya dan bersemangat, BOS (kelab penyokong Boys Of Street), jutaan terima kasih atas kebaikan anda kerana menjadi nadi dalam perjalanan ini dan mempercayai selain memberi saya penghargaan.

“Saya tinggalkan hati saya dan mendoakan kejayaan dalam setiap perlawanan dan setiap pertandingan! Jumpa lagi,” katanya.

Di bawah bimbingan Mora, JDT terus mendominasi Liga Super sejak kali pertama memenanginya pada musim 2014 hingga tahun lalu serta Piala Sumbangsih sebanyak dua kali 2021 dan 2022.

sumber:- HM

Selain itu, Mora turut memahat kejayaan selaku jurulatih apabila membimbing JDT layak ke pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara Asia (ACL) selepas tewaskan kelab Korea Selatan, Ulsan Hyundai.

Ends…