sukan

JDT terus unggul, Selangor dilema

Walaupun masih menjadi tanda tanya peletakan jawatan ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora, ketika saingan Liga Super masih separuh perjalanannya, tetapi bekas anak didiknya terus memberikan aksi yang tekal dan terus mencipta kemenangan.

Itu telah diterjemahkan skuad Harimau Selatan ketika meratah Sarawak United tempoh hari. Dengan kemenangan berkenaan telah menggekalkan kedudukan JDT sebagai pendahulu Liga Super ketika ini dan sudah tentu ia akan terus meningkatkan semangat dan moral pemain.

Dalam situasi ini, penulis cukup hormat dengan sikap serta mentaliti setiap pemain Harimau Selatan kerana tidak terganggu dengan permasalahan yang sedang dihadapi.

Mereka tahu menjalankan tanggugjawabnya sebagai pemain profesional dan terus fokus dengan objektif kelab iaitu ingin memburu kejuaraan liga buat kali kesembilan berturut-turut selain ingin memahat nama JDT dalam saingan Liga Juara-Juara AFC musim depan. Ini juga menunjukan bagaimana kekuatan keharmonian dalam skuad Harimau Selatan itu.

Sementara itu, bagi juara 33 Piala Malaysia iaitu Selangor menerima nasib berbeza apabila tewas kepada Sri Pahang.

Sudah tentu ia akan mendatangkan tekanan kepada pasukan kejurulatihan The Red Giants. Aspek tumpuan dan komunikasi perlu ditekankan oleh pasukan kejurulatihan ke atas pemain-pemainnya kerana dua aspek inilah yang membawa kepada banyak kekalahan pasukan kendalian Michael Feichtenbeiner itu.

Jika diperhalusi skuad Selangor ini sebenarnya adalah sebuah pasukan yang lengkap di setiap bahagian kerana mereka mempunyai pemain-pemain tempatan yang berpengalaman di peringkat antarabangsa seperti Brandon Gan, Fazly Mazlan, Mukhairi Ajmal selain memounyai teknik yang baik.

Cuma peranan yang dimainkan pemain import The Red Giants amat kurang berkesan dan ini yang merugikan Selangor sendiri.

sumber:- BH

Kekecewaan Selangor ini boleh diubat sekiranya pengurusan bijak dalam mencari pemain-pemain import yang berkualiti tinggi.