sukan

Peluang keemasan bagi SKUAD Bawah 19 Tahun Negara

SKUAD Bawah 19 Tahun (B-19) negara berpeluang meraih satu lagi gelaran musim ini apabila dijadual menyertai Kejohanan B-19 Bola Sepak Remaja Antarabangsa 2022 di wilayah Binh Duong, Vietnam dari 5 hingga 11 Ogos ini.

Menurut Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), penyertaan pasukan muda negara pada kejohanan anjuran Persekutuan Bolasepak Vietnam (VFF) itu sebagai persiapan menghadapi cabaran sengit di pusingan Kelayakan Piala Asia Bawah 20 Tahun (B-20) 2022 di Mongolia pada September.

Pada kejohanan itu, skuad bimbingan Hassan Sazali Mohd Waras yang menjuarai Kejohanan B-19 Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 di Indonesia baru-baru ini akan berentap menentang Vietnam, Thailand dan Myanmar.

Skuad B-19 kebangsaan dijadual bertemu Thailand pada 5 Ogos, Vietnam (7 Ogos) dan menutup kempen saingan dengan berdepan Myanmar pada 9 Ogos. Penentuan tempat ketiga dan keempat serta final akan berlangsung pada 11 Ogos.

sumber:- SH

Untuk itu, sebanyak 20 pemain disenaraikan Hassan Sazali untuk mengikuti kem latihan pusat bermula 2 Ogos ini, namun daripada senarai itu, beliau hanya mengekalkan enam pemain dari skuad yang menjuarai Kejohanan B-19 AFF.