sukan

Aznil hadiahkan emas kedua negara

Birmingham: Kontinjen Malaysia meraih satu lagi emas pada temasya Sukan Komanwel 2022, di sini, sebentar tadi, apabila atlet angkat berat, Muhamad Aznil Bidin berjaya muncul juara bagi kategori 61 kilogram (kg).

Terdahulu, Malaysia meraih emas pertama menerusi Mohamad Aniq Kasdan yang memenangi kategori 55kg dalam saingan yang berlangsung di National Exhibition Center (NEC) Birmingham di sini.

Aznil muncul juara selepas berjaya mengumpulkan angkatan sebanyak 285kg menerusi acara snatch dan clean & jerk.

sumber:hmetro

Pingat perak dimenangi wakil Papua New Guinea, Morea Baru yang menghimpunkan 273kg manakala gangsa milik atlet India, Gururaja Gururaja.