sukan

Mendapat sokongan Padu dari Legenda Bola Sepak

Langkah Liga Bolasepak Malaysia (MFL) melakukan penstrukturan baharu membabitkan 18 pasukan di Liga Super selain mewujudkan Liga Simpanan pada musim 2023 mendapat sokongan legenda bola sepak Singapura, Fandi Ahmad.

Beliau yang kini menggalas tugas selaku Penasihat Teknikal Sri Pahang FC berkata, langkah itu bakal menyaksikan nilai komersial Liga Malaysia akan bertambah baik, sekali gus memberi kelebihan kepada pasukan.

Fandi yang pernah menjulang trofi Piala Malaysia bersama Kuala Lumpur dan Pahang menyifatkan dengan pertambahan perlawanan selepas ini, ia akan memberi keuntungan kepada pasukan daripada pelbagai aspek dan membolehkan nilai liga terus meningkat.

Sudah pasti ini yang perlu dibuat dan sudah banyak negara sudah melakukan perkara sama dan ini adalah satu nilai komersial yang bagus untuk bola sepak Malaysia.

Apabila banyak pasukan, perlawanan akan bertambah. Dari situ akan lebih ramai mengikuti baik dari kaca televisyen, siaran langsung dan mungkin dengan (langkah) ini, daripada segi kewangan akan memberi keuntungan kepada pasukan.

“Jadi, daripada aspek nilai komersial, saya rasa ia memang baik untuk pasukan serta kepada pemain,” katanya.

Selain itu, Fandi berharap pasukan akan bertanding di pentas Liga Super musim depan akan terus menampilkan kualiti cemerlang untuk memberi saingan sengit.

Saya hanya berharap agar pasukan bertanding akan terus menghasilkan kualiti tinggi dan berada di tahap mereka sekarang.

Jadi saya rasa dengan pasukan lebih banyak ini memang bagus terutama untuk pemain muda.

sumber:- HM

“Cuma kualitinya harus sentiasa dijaga dan dibimbing dengan baik supaya kualiti Liga Super tidak jatuh,” katanya.