sukan

Jaguh silat negara bukan calang-calang

Tanggal 31 Julai 2022, menjadi detik bersejarah apabila jaguh silat negara, Al-Jufferi Jamari, menamatkan pertarungan paling epik dalam sejarah melibatkan dua pesilat terbaik di bumi nusantara, selepas menewaskan Iqbal Chandra Pratama menerusi keputusan 35-21 di MITC, Melaka sebentar tadi.

Sensasi Al-Jufferi meletakkannya antara pesilat terbaik dunia sepanjang zaman susulan menikmati gelaran dunia keempat peribadi pada penampilan terakhir di arena kompetitif.

Al-Jufferi Jamari tiada tandingnya — Pertempuran itu merupakan perlawanan ulangan di Sukan SEA Hanoi yang lalu di mana Al-Jufferi merekodkan kemenangan namun cedera di bahagian bahu kanannya.
Biarpun belum pulih sepenuhnya dan bakal melakukan pembedahan selepas Kejohanan Dunia — Al-Jufferi kekal tenang membuka langkah di awal saingan.

Kelincahan dan kematangan pesilat berusia 30 tahun itu menjadi kunci mendominasi kesemua tiga pusingan hasil gerakan valid drop.

sumber:- SA

Biarpun lawannya cuba menggasak di akhir saingan, Al-Jufferi kekal tenang mengelak asakan itu sekaligus kembali berada di kemuncak dunia.Laungan takbir jadi penutup karier gemilang Al-Jufferi Jamari.