sukan

Peluang keemasan jadi tonggak baharu

Ketiadaan beberapa pemain utama pasukan Kelantan FC dilihat sebagai peluang buat pemain muda menjadi tonggak baru pasukan.

Ketua Jurulatih, Rezal Zambery Yahya berkata, perlawanan pusingan kedua liga sangat penting dan mereka mengimpikan mata penuh bagi tujuh baki saingan liga.

Katanya, dia sudah biasa menurunkan pemain yang berbeza bagi menambah minit permainan mereka namun perlawanan men3ntang Kuching City FC esok lebih istimewa kerana pemain perlu menampilkan aksi lebih meyakinkan bagi sentiasa mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama.

“Sesiapa sahaja yang disenaraikan bermain esok perlu menunjukkan kualiti dan komitmen penuh,” katanya dalam kenyataan kepada media. Rezal berkata, kemenangan ke atas Kuching FC juga penting bagi mengekalkan rekod tanpa kalah Kelantan FC di laman sendiri. Terdahulu, Kelantan berdepan kehilangan posisi penyerang apabila import, Kervens Belfort dan Norshamil Abd Ghani tercedera ketika menentang pasukan JDT II, 22 Julai lalu.

sumber:- HM

Setakat ini Kelantan mendahului tangga teratas liga dengan kutipan 26 mata manakala Kuching di tangga ke-4 dengan mengumpul 20 mata.