Adakah sekali lagi pemain dari Malaysia bakal mengikuti jejak Faiz Subri memenangi Anugerah Puskas Fifa pada 2016 lalu?
Segala kemungkinan itu dilihat tidak mustahil apabila ledakan pemain Negeri Sembilan FC, Sean Selvaraj ketika men3ntang Selangor FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya malam tadi dilihat cukup cantik dan berkualiti.
Sean atau turut dikenali dengan jolokan ‘Seanaldo’ melepaskan satu rembatan jarak jauh yang tepat menuju ke gawang Selangor pada minit ke-88 untuk menghadiahkan kemenangan buat Negeri Sembilan dengan 3-2.
Gol itu bukan saja menarik perhatian peminat tempatan, tetapi sebenarnya turut mencvri hati peminat bola sepak antarabangsa yang kagum dengan jaringan itu.
Video jaringan Sean juga dimuatnaik oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL) di laman Twitter dan video itu diciap semula BR Football dan ia mendapat sambutan serta respon pantas ramai peminat bola sepak di luar negara.
Gol itu dikongsikan oleh media antarabangsa yang kemudiannya viral ke seluruh dunia.
Malah ramai yang mahu melihat gol terbabit dicalonkan dalam Anugerah Puskas yang dilihat berpotensi untuk muncul antara gol terbaik sepanjang tahun ini.
sumber:- HM
Mungkin Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) boleh mencuba menghantar secara rasmi ke Fifa bagi dinilai untuk Anugerah Puskas itu yang sebelum ini pernah dimenangi Faiz Subri.