sukan

Kebangkitan luar biasa NSFC

Rekod tanpa kalah Selangor FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) lebur apabila tumpas di tangan Negeri Sembilan FC 2-3 dalam aksi Liga Super malam tadi.

Pemain gantian Sean Eugene Selvaraj muncul wira apabila merembat cantik dari luar petak penalti untuk memberikan gol kemenangan buat Negeri Sembilan pada ke-88 walaupun pada separuh masa pertama mereka ketinggalan 0-2.

Pasukan bimbingan Michael Feichtenbeiner tidak menunggu lama untuk mengancam kubu Negeri Sembilan apabila Nor Hakim Hassan melakukan percubaan di sebelah kiri namun percubaan leretnya hanya melintasi pintu gol lawan.

Bagaimanapun, dua minit kemudian Selangor berada di depan apabila kesilapan Herold Mark Goulon berjaya dihukum import kelahiran Brazil, Caion yang melakukan rembatan rendah dari dalam petak penalti menumpaskan penjaga gol, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed.

Tersentak dengan jaringan berkenaan Negeri Sembilan berusaha mencari gol penyamaan dan Matheus Alves hampir mencetak nama sebagai penjaring namun rembatanya hanya menyinggah di jaring pintu gol Selangor.

Minit ke-30 Selangor berjaya menambah jaringan apabila Yazan Al-Arab menanduk masuk sepakan percuma Mukhairi Ajmal Mahadi tatkala pemain Negeri Sembilan membantah jaringan berkenaan disebabkan pengadil perlawanaan Fitri Maskon teragak-agak untuk mengesahkan gol berkenaan.

Insid3n berkenaan menyaksikan perlawanan terhenti selama lima minit apabila pemain dan pengurusan Negeri Sembilan masih belum berpuas hati dengan keputusan pengadil.

sumber:- HM

Bersambung babak kedua, Selangor dan Negeri Sembilan lebih mempamerkan corak permainan berhati-hati tanpa ada sebarang percubaan merbahaya selepas 10 minit beraksi.