sukan

Kedah terpaksa akur lagi

Sri Pahang FC mengekalkan rentak kemenangan selepas menewaskan Kedah Darul Aman (KDA) FC 2-0 di Stadium Darul Makmur, sebentar tadi.

Dua gol daripada Steven Rodriguez, masing-masing satu pada separuh masa memastikan skuad Tok Gajah mengutip tiga mata di halaman sendiri.

Namun, pada perlawanan itu, pelawat lebih bersedia apabila melancarkan s3rangan awal menerusi Ronald Ngah tetapi tandukan pemain import KDA itu sedikit melepasi palang tuan rumah ketika penjaga gol tuan rumah, Mamadou Samassa sudah tertewas seawal minit kedua perlawanan.

Dua minit berselang, Abdul Malik Mat Ariff hampir menjaringkan gol pendahuluan tetapi sepakan leretnyan berjaya diselamatkan penjaga gol KDA, Mohd Ifwat Akmal Chek Kassim.

Pada minit ke-20 , Mohd Ifwat Akmal sekali lagi menafikan peluang tuan rumah menjaringkan gol menerusi sepakan percuma pemain import, Manuel Hidalgo.

Selepas itu, Hidalgo sekali lagi memiliki peluang sama tetapi bola hanya melalui depan gawang lawan pada minit ke-25.

Namun, pada minit ke-31, gol pendahuluan akhirnya menjelma buat Sri Pahang hasil sentuhan penyerang import, Steven Rodriguez.

Keputusan 1-0 kekal pada separuh masa ketika KDA berusaha untuk mendapatkan gol penyamaan.

Bersambung babak kedua, ketinggalan satu gol menyaksikan KDA menggandakan serangan dalam usaha mencari gol penyamaan ketika tuan rumah kekal bertahan.

Sebaliknya, Rodriguez menjaringkan gol kedua buat skuad Tok Gajah yang juga kedua peribadi untuk terus memberi tekanan kepada kepada lawan pada minit ke-67.

Pada minit ke-79, tuan rumah hampir menambah gol ketiga tetapi bola sepakan Kevin Ingreso terkena tiang gol sebelah kanan KDA.

sumber:- HM

Bagi KDA, ia kekalahan kedua berturut-turut dialami selepas tewas 1-2 kepada Kuala Lumpur City FC pada 27 Julai lalu.