Syok Woo Baca

Berdepan JDT tanpa tonggak utama

Penang FC berkunjung ke Stadium Sultan Ibrahim tanpa dua tonggak utama, Endrick Dos Santos dan Khairul Akmal Rokisham menjelang aksi separuh akhir Piala FA esok.

Ketua jurulatih, Datuk Zainal Abidin Hassan, percaya selepas usaha barisan anak buahnya membawa skuad Harimau Kumbang ke peringkat ini, maka semangat juang mereka mampu untuk menebus kekec3waan di saingan Liga Super.

Skuad kendalian Zainal sekali lagi berdepan cabaran hebat dalam pertemuan ketiga menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) pada musim ini, apabila Endrick belum cergas sepenuhnya dari kec3deraan di bahagian lutut kiri, sementara pemain pertahanan, Khairul Akmal dibelengu kec3deraan hamstring.

Zainal tidak menafikan keampuhan skuad Harimau Selatan yang memiliki barisan pemain berkualiti namun dia percaya anak buahnya mampu memberi tekanan kepada JDT susulan Penang FC hanya tewas tipis 1-0 dalam dua pertemuan sebelum ini.

“Kami telah meletakkan keutamaan beraksi di pentas Piala FA. Walaupun bertemu JDT, keinginan pemain serta disiplin yang tinggi akan menjadi perkara yang penting untuk perlawanan ini,” kata Zainal.

Selain untuk menebus kekecewaan Penang yang kini berada di kedudukan tercorot Liga Super, Zainal mahu membuktikan sesuatu kepada penyokong Harimau Kumbang setelah kembali mengendali pasukan itu.
Zainal pernah bersama Penang FC pada 2017 dan 2018 lalu di mana mereka terkandas di pusingan ketiga Piala FA.

sumber:- SA

“Saya yakin pemain Penang FC memiliki 90 atau 120 minit akan memberikan yang terbaik. Tiada perlawanan kedua dan ini adalah peluang terbaik bagi pasukan mencipta kejayaan.”