sukan

Jaringan Sean Eugene Selvaraj memang sangat luar bi4sa

Kuala Lumpur: Pemenang Anugerah Puskas Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa) 2016, Faiz Subri mengakui jaringan dilakukan peny3ang Negeri Sembilan FC, Sean Eugene Selvaraj sangat luar biasa.Menurutnya, jaringan pemain itu ketika membantu Negeri Sembilan mengalahkan Selangor FC 3-2 sangat cantik dan terhasil disebabkan teknik remb4tan tepat.

“Memang kalau kita tengok jaringan itu cantik dan rembatannya luar biasa. Mungkin ia berlaku disebabkan kelebihan dimilikinya, selain teknik yang betul maka seterusnya berlaku dengan sempurna.

“Satu penghormatan buat Sean dan Liga Malaysia (Liga M) apabila Fifa memuat naik jaringan itu di laman media sosial mereka sebagai antara tiga gol pilihan terbaik mingguan dari seluruh dunia.Bila Fifa kongsi ia satu penghormatan. Kita boleh nampak ia bukan hanya dari segi jaringan, malah Liga M bukan cal4ng-cal4ng.

“Jadi ia akan menarik peminat bola sepak di seluruh dunia untuk turut memberi tumpuan kepada liga kita. Selain itu jaringan seperti itu menaikkan nama Malaysia di mata dunia,” kata pemain Penang FC itu.

Ditanya mengenai peluang untuk gol berkenaan dicalonkan ke Anugerah Puskas, pemain berusia 35 tahun itu berkata ia terpulang kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).Apa sal4nya kalau ia dihantar ke Fifa bagi dicalonkan dalam Anugerah Puskas, tahun ini.

“Mana tahu ada rezeki lagi dan anugerah ini dapat kepada rakyat Malaysia sekali lagi. Ia akan menjadi penghormatan lagi besar,” katanya.

Semalam, badan induk dunia itu mengakui jaringan dari jarak kira-kira 30 meter itu ajaib dan dilihat berpeluang untuk muncul antara jaringan terbaik sepanjang musim ini.

sumber:hmetro

Menerusi kenyataan di laman Twitter Fifa, gol Sean pada minit ke-88 itu ketika menentang Selangor FC dalam aksi Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada Ahad lalu adalah antara tiga gol pilihan terbaik mingguan dari seluruh dunia.