sukan

Menyenaraikan ramai pemain yang tidak terbabit dengan Kejuaraan B-19 AFF

Ketua jurulatih skuad bawah 19 (B-19) tahun negara, Hassan Sazali Waras menjelaskan Kejohanan Bolasepak Belia Antarabangsa B-19 menjadi medan untuknya mempersiapkan pasukan lebih mantap sebelum kempen kelayakan Piala Asia B-20, bulan depan.

Menyenaraikan ramai pemain yang tidak terbabit dengan Kejuaraan B-19 AFF sebelum ini, Hassan berkata ia bertujuan menilai lebih ramai pemain yang boleh memberi nilai tambah kepada pasukan untuk ke kempen kelayakan di Mongolia nanti.

Katanya, pemain yang berada dalam skuad ketika memenangi Kejuaraan B-19 AFF, bulan lalu juga masih belum terjamin tempat mereka untuk berada dalam pasukan pada kempen kelayakan itu.

Saya hanya ada dua hari, semalam dan hari ini yang mana hari ini kami sudah berangkat ke Ho Chi Minh. Jadi kami hanya ada satu lagi sesi sama ada petang ini atau esok yang akan dijalani sebelum perlawanan pertama men3ntang Thailand.

Saya tak boleh katakan mereka (pemain) dapat keserasian 100 peratus, tapi tempoh yang ada di Vietnam ini kami cuba memberikan keserasian sebaik mungkin kepada pemain dari satu perlawanan ke satu perlawanan.

Saya lebih tertumpu untuk lihat prestasi pemain, kalau kata kami dapat juara, itu satu perkara yang lebih positif. Tapi tujuan saya sebenarnya adalah melihat pemain yang baru dipanggil ini adakah mereka seiring dengan pemain yang sewaktu Kejuaraan AFF yang lalu.

“Pemain yang saya panggil sewaktu Kejuaraan AFF sebelum ini tak semua boleh dikatakan sebagai sudah terjamin tempat mereka. Jadi saya rasa ini cabaran kepada barisan pemain untuk mereka merebut tempat bagi kelayakan AFC September ini,” katanya sebelum berlepas ke Ho Chi Minh, hari ini.

Harimau Malaya B-19 akan membuka saingan bertemu Thailand, Jumaat ini sebelum berdepan tuan rumah, Vietnam (Selasa ini) dan Myanmar (9 Ogos) dengan ketiga-tiganya berlangsung di Stadium Binh Duong.

sumber:- BH

Menggunakan format liga sepusingan, dua pasukan teratas akan bertemu di final, manakala dua pasukan berikutnya bakal beraksi untuk penentuan tempat ketiga dan keempat pada 11 Ogos ini.