sukan

Dijangka membawa masuk Papu Gomez – JDT

Kuala Lumpur: Johor Darul Ta’zim (JDT) tampaknya bakal terus berkuasa dan menguasai saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan apabila dijangka membawa masuk peny3rang Argentina, Papu Gomez.

Gomez, 34, yang juga bintang utama Argentina ketika menjulang Piala Copa Amerika pada musim lalu kemungkinan akan menyertai JDT musim depan.

Perkara itu diakui pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim apabila menjelaskan pihaknya dalam rangka mempersiapkan pasukan untuk saingan akan datang.

Katanya, beliau tidak tahu menahu dakw4an seg3lintir pihak yang mengaitkan kepulangan semula bekas penyerang JDT, Juan Martin Lucero tetapi mengakui Gomez berada dalam radar.

“Saya tidak tahu (bawa masuk bekas pemain JDT, Juan Martin Lucero), tapi mungkin Papu Gomez dari Sevilla. Anda tidak pernah tahu.

“Sudah ada perancangan untuk menambah baik skuad untuk tahun hadapan. Kita akan lihat,” katanya di laman sosial miliknya.

Untuk rekod, Gomez kini beraksi di La Liga bersama kelab Sevilla dan sudah meledak lapan gol dalam 47 penampilan buat kelab itu.

Kehadiran pemain linc4h ini sudah pasti akan menambah kekuatan skuad Harimau Selatan itu apatah lagi mempunyai pengalaman luas pernah beraksi di pentas tertinggi Eropah.

sumber:hmetro

JDT sebelum ini turut menandatangani bekas pertah4nan Swansea City di Liga Perdana Inggeris (EPL), Jordi Amat dan kehadiran Gomez pastinya beri keseimbangan buat juara lapan kali berturut-turut Liga Super itu