sukan

Malaysia tiada pilihan kecuali perlu menang

Skuad bawah 16 (B-16) tahun negara perlu menewaskan Australia di Stadium Maguwoharjo, Sleman, Indonesia, esok untuk mengesahkan slot ke separuh akhir Kejuaraan B-16 AFF.

Anak buah Osmera Omaro sebenarnya hanya memerlukan satu mata sekiranya Myanmar seri atau tewas di tangan Kemboja dalam satu lagi aksi terakhir Kumpulan C yang turut berlangsung esok.

Namun, skuad negara tidak boleh mengharapkan keputusan daripada pasukan lain kerana paling menjamin untuk mereka muncul juara kumpulan dan layak ke separuh akhir adalah dengan meraih tiga mata berdepan Australia.

Berdasarkan prestasi Australia yang tewas di tangan Myanmar dan Kemboja dalam dua aksi sebelum ini, skuad kendalian Osmera tidak berdepan masalah untuk mencipta kemenangan.

Bagaimanapun, mereka tetap perlu mengelak daripada memiliki sikap terlalu selesa yang mungkin boleh memakan diri kerana Australia juga pasti akan bermain mat!-mat!an untuk mencari mata pertama mereka walaupun sudah tersingkir daripada kejohanan.

Perkara itu juga sudah pasti berada dalam perhatian Osmera dengan mengharapkan persembahan lebih baik dapat ditampilkan barisan pemain berbanding ketika menang 3-0 ke atas Kemboja dan terikat 1-1 dengan Myanmar, sebelum ini.

Saya nampak peluang masih cerah (untuk ke separuh akhir) disebabkan perlawanan Myanmar dan Kemboja akan sengit, jadi kita ada kelebihan daripada segi jaringan gol.

Jadi, kemungkinan besar kita cuma perlu menang (bertemu Australia) dan kita akan layak ke separuh akhir, katanya.

sumber:- BH

Skuad negara berada di kedudukan teratas Kumpulan C, berkongsi empat mata dengan Myanmar di tangga kedua, manakala Kemboja pula menghuni tangga ketiga dengan tiga mata dan Australia di kedudukan tercorot tanpa sebarang mata.