Pusingan akhir Piala Asia 2023 berkemungkinan akan berlangsung pada 2024 sekiranya Australia atau Qatar dipilih menjadi tuan rumah.
Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Agung Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Datuk Seri Windsor John dengan keputusan muktamad mengenai tuan rumah kejohanan tertinggi Asia itu akan diumumkan pada 17 Oktober ini.
Beliau berkata, pihaknya akan mengadakan bengkel bersama empat negara yang berminat mahu menjadi tuan rumah termasuk Australia, Qatar, Korea Selatan dan Indonesia bagi meneliti bentuk tawaran yang boleh disediakan negara terbabit.
Negara itu sekarang ini sedang menyiapkan buku tawaran atau bidaan terutama apa yang ditawarkan mereka, termasuk dari segi stadium dan kelengkapan, semua sekali.
Selepas itu kita akan hantar pasukan melawat empat negara berkenaan dan akan mengesahkan apa saja yang mereka berikan dalam buku tawaran itu sama seperti yang kami buat lawatan.
Langkah seterusnya kami akan senarai pendek siapa yang mengikut kriteria ditetapkan, seterusnya diserahkan kepada Exco untuk membuat keputusan, cuma yang perlu diingat, jika negara Timur dipilih tarikh kejohanan mungkin Jun atau Julai tahun depan.
“Jika Australia atau Qatar dipilih salah satu, maka tarikh akan dipinda ke 2024, itu bezanya sebab cuaca,” katanya.
Tuan rumah Piala Asia 2023 masih menjadi tanda tanya selepas China menarik diri susulan pand3mik C0VID-19.
sumber:- BH
Sekiranya, Australia atau Qatar menjadi pilihan AFC ia bermakna skuad Harimau Malaya yang mara ke kejohanan itu secara merit selepas penantian 42 tahun memiliki tempoh lebih setahun lagi untuk melakukan persiapan rapi.