sukan

Penalti DItarik balik

SKUAD Terengganu FC (TFC) mengesahkan slot ke pentas final Piala FA 2022 apabila menewaskan Selangor FC 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak malam tadi.

Pemain pertahanan Muhammad Shahrul Nizam Ros Hasni muncul wira TFC apabila menyempurnakan sepakan penalti kelima pada penentuan sepakan penalti setelah kedua-dua pasukan terikat 1-1 sehingga tamat 120 minit perlawanan.

Kedua-dua pasukan bermula garang sebaik wisel permulaan menerusi gerakan-gerakan berbahaya ke gawang lawan dalam usaha membuka jaringan.

Hasilnya menyaksikan pemain Selangor FC Norhakim Hassan berjaya menyempurnakan peluang di depan pintu gol Terengganu FC untuk gol pembukaan pelawat pada minit ke-23.

Pada minit ke-34, pengadil, Zulkarnain Zakaria menghadiahkan sepakan penalti kepada tuan rumah selepas Mohd Faisal dijatuhkan pertahanan, Shahrul Nazeem Zulpakar, bagaimanapun pengadil mengubah keputusan selepas berbincang dengan pembantu pengadil.

Tersentak dengan gol berkenaan, kesebelasan Terengganu FC mula bangkit mengatur asakan ke gawang Selangor FC bagi dalam usaha menjaringkan gol penyamaan.

Bagaimanapun benteng Selangor FC dilihat terus kental bertahan bagi mengekang asakan-asakan berkenaan hingga tamat babak pertama.Bersambung babak kedua menyaksikan Terengganu FC tidak perlu menunggu lama untuk menjaringkan gol penyamaan menerusi pemain lincah, Faisal Halim pada minit ke-48.

Kedua-dua pasukan dilihat semakin menggandakan asakan pada penghujung perlawanan dalam usaha menambah jaringan namun tiada sebarang tambahan jaringan berjaya dilakukan bagi mengheret perlawanan ke masa tambahan.

sumber:- SH

Seperti dijangka aksi di masa tambahan dilihat bertambah sengit namun kedua-dua dilihat terus buntu bagi merobek jarring lawan di kedua belah babak dan menyaksikan pemenang ditentukan menerusi penentuan sepakan penalti yang menyaksikan TFC menyempurnakan empat sepakan penalti berbanding dua yang disempurnakan Selangor FC.