sukan Syok Woo Baca

Emak Maafkan saya – Nik Muhammad Sharif

Pemain berstatus pinjaman, Nik Muhammad Sharif Haseefy Mohd Lazim akui begitu teruja selepas berjaya membantu pasukannya mara ke pentas final Piala FA musim ini.

Lebih manis, pemain kelahiran Kuantan itu menjelaskan aksi final itu nanti bakal menjadi penampilan pertamanya sepanjang karier sebagai pemain profesional.

Bagaimanapun di sebalik kejayaan pasukannya melangkah ke final, pemain pinjaman daripada pasukan Selangor FC itu akui misi peribadinya untuk menjaringkan gol tidak berjaya direalisasikan.

Sebelum perlawanan separuh akhir, impian saya untuk menjaringkan gol jika diturunkan, saya juga sudah janji dengan emak mahu jaringkan dua gol untuk membantu pasukan TFC mara ke pentas final Piala FA.

Tapi tiada rezeki (menjaringkan gol), bagaimanapun saya tetap bersyukur kerana pasukan berjaya melangkah ke perlawanan akhir walaupun terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti.

Terima kasih kepada rakan sepasukan yang sentiasa bekerja keras sepanjang perlawanan dan ditambah sokongan padu daripada peminat, ini detik-detik indah yang akan dikenang sampai bila-bila, katanya ketika ditemui.

Ketika ditanya perasaannya men3ntang pasukan majikannya, pemain berusia 25 tahun itu akui begitu bersemangat dan teruja.

Sudah tentu lebih bersemangat bertemu pasukan majikan saya dengan aksi sengit sehingga penentuan sepakan penalti, lagipun saya hadir ke Terengganu untuk menambah minit permainan berbanding di Selangor saya kurang bermain.

Terima kasih TFC kerana memberikan peluang bermain, pada masa sama saya tetap menghormati Selangor FC kerana saya masih pemain pasukan itu, mungkin permainan saya tidak sesuai dengan corak permainan yang diterjemahkan skuad Red Giants, sebab itu mungkin jurulatih kurang menyenaraikan dalam pasukan.

“Dengan kejayaan ini, saya begitu puas lebih-lebih lagi bakal menjadi penampilan final pertama dan saya akan cuba meningkatkan lagi prestasi kerana bukan mudah untuk memburu tempat dalam pasukan yang dibarisi ramai pemain berkualiti,” katanya.

sumber:- HM

Pada aksi separuh akhir di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, Sabtu lalu, skuad TFC kendalian Nafuzi Zain melangkah bergaya ke final selepas melakar kemenangan 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti sesudah kedudukan sehingga masa tambahan terikat 1-1.