Pihak pengurusan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) tampil memberi penjelasan disebalik desakan penyokong berkaitan prestasi tidak menentu Sang Kenari dalam aksi Liga Super dan Piala FA.
Ketua Pegawai Eksekutif KDA FC, Khamal Idris Ali berkata, pihaknya sentiasa mendengar setiap suara dan rintihan yang dilontarkan terhadap Sang Kenari, namun pendekatan pengurusan ketika ini adalah menilai secara rasional sebelum mengambil tindakan drastik.
Ia bagi memastikan tidak menganggu momentum pasukan dalam menghadapi aksi men3ntang PSM Makassar FC pada saingan Piala AFC di Bali selasa ini.
Antara langkah yang diambil pihak pengurusan adalah dengan mendapatkan maklum balas dari pengurusan pasukan, barisan kejurulatihan dan pemain bagi membuat rumusan hasil b3dah siasat berkenaan beberapa keputusan perlawanan Liga Super dan Piala FA bulan lalu.
Untuk makluman, KDA FC telah mengambil tindakan sewajarnya di fasa pertama penilaian prestasi merudum sekitar Jun lalu, dengan melakukan perubahan yang sesuai selepas bedah siasat dan membawa masuk pemain pertahanan, Mohamad Akmal Md Zahir dan dua pemain import tengah, Sanrawat Dechtmir dan Mahmoud Al-Mardi.
“Hasil dari penilaian ketika itu dengan tindakan yang diambil, telah memberi sesuatu yang positif dengan KDA FC beraksi cemerlang di pentas Asia dengan menjuarai Kumpulan G seterusnya layak ke separuh akhir Zon Asean pada saingan Piala AFC 2022,” katanya.
Menurut Khamal lagi, bagi mengatasi masalah yang kian menghimpit prestasi pasukan, pihaknya akan mendapatkan kaedah seperti yang dilakukan sebelum ini bagi memastikan skuad Sang Kenari dapat mengatasi masalah prestasi berkenaan, sekali gus meningkatkan prestasi seperti yang disasarkan.
Proses penilaian fasa kedua pasca Piala AFC kali ini akan melalui proses yang sama melalui pendekatan tindakan susulan yang lebih sesuai pendekatannya.
sumber:- HM
“KDA FC akan memantau setiap perlawanan seterusnya dan titik tolak tindakan seterusnya adalah melalui penilaian prestasi pada aksi separuh akhir Zon Asean Piala AFC men3ntang PSM Makassar, nanti,” katanya.