sukan

Rumusan Dari Datuk Dollah Salleh sendiri

Pengendali Sri Pahang FC, Datuk Dollah Salleh mengakui PJ City FC bukan pasukan yang mudah ditewaskan apabila kedua-dua pasukan bertemu di Stadium MBPJ, malam esok.

Bekas pemain kebangsaan itu berkata, biarpun hanya menyenaraikan pemain tempatan, corak permainan dan persembahan lawan itu sukar diramal.

Bagi saya, PJ City memiliki barisan pemain yang bagus dan persembahan itu bukannya pada musim ini tetapi sejak tiga musim lalu.

Ia dapat dilihat apabila berdepan PJ City, sukar buat pasukan untuk menewaskan mereka dan pada pusingan pertama, Sri Pahang seri 1-1.

“Bertemu PJ City esok, saya jangkakan perlawanan sukar bakal dihadapi dan mengharapkan pemain dapat mempamerkan prestasi terbaik dan memanfaatkan peluang yang dimiliki,” katanya.

Selepas mengharungi 13 perlawanan, skuad Tok Gajah berada di kedudukan kesembilan Liga Super dengan 14 mata.

Ditanya gandingan Steven Rodriguez dan Abdul Malik Mat Ariff di barisan s3rangan, Dollah memaklumkan bahawa striker import dari Colombia itu kemungkinan tidak disenaraikan.

Katanya, ini kerana Rodriguez baharu dua hari menjalani latihan selepas berdepan masalah kec3deraan.

Setakat semalam, kec3deraan yang dialami semakin pulih tetapi pemain berumur 24 tahun itu tidak berada pada tahap 100 peratus.

Jika dia tidak beraksi, ia turut memberikan kesan kepada pasukan kerana berada pada prestasi terbaik selepas membantu mencatat kemenangan ke atas Kedah Darul Aman (KDA) FC dan Selangor FC.

Bagaimanapun, saya percaya pemain yang diberikan tanggungjawab dapat memberikan fokus sepanjang 90 minit perlawanan.

sumber:- HM

“Pada masa sama, Sri Pahang tidak boleh keciciran mata kerana akan beraksi tiga perlawanan berturut-turut di tempat lawan,” katanya.