Semasa sukan

Datuk Lee Chong Wei memuji

Bekas jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei memuji prestasi beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah serta perseorangan lelaki, Ng Tze Yong yang masing-masing menyumbang pingat emas dan perak pada hari terakhir Sukan Komanwel Birmingham, semalam.

Chong Wei berkata, Pearly-Thinaah jelas menguasai perlawanan ketika menewaskan wakil England, Chloe Birch-Lauren Smith 21-5, 21-8 untuk menyumbang emas ketujuh kontinjen negara sekali gus melebihi sasaran enam emas.

“Terus bekerja lebih keras, kekal merendah diri. Anda berdua mungkin akan mencatat sejarah sebagai pemain beregu wanita negara yang paling dihormati,” katanya di status media sosialnya.

Untuk Tze Yong pula, Chong Wei percaya dirinya mewakili seluruh negara bersetuju pemain muda negara itu mempamerkan prestasi cukup membanggakan apabila hampir memenangi pingat emas sebelum tewas 21-19, 9-21, 16-21 kepada pemain utama India, Lakshya Sen.

Anda mempunyai pukulan yang lebih baik daripada Lakhsya Sen, tetapi pengalaman beraksi di pentas besar dan tidak konsisten mungkin menyebabkannya berasa gementar.

Teruskan berusaha memperbaiki segala kelemahan dan gilap bakat anda. Kekal merendah diri dan dengar cakap jurulatih anda serta kekal fokus.

“Tahniah. Sekarang banggakan kami dalam Kejohanan Dunia pula,” katanya.

sumber:- HM

Badminton menutup pencapaian gemilang negara semalam yang keseluruhannya meraih tujuh emas, lapan perak serta lapan gangsa untuk menduduki tempat ke-10 kedudukan negara yang bertanding di Sukan Komanwel.