sukan Syok Woo Baca

Ternyata Sah dan pasti

Selepas berg3lut untuk memacu Selangor ke prestasi terbaik, Michael Feichtenbeiner akhirnya melepaskan jawatan selaku ketua jurulatih skuad Gergasi Merah.

Selangor FC dalam kenyataan hari ini menjelaskan keputusan itu dicapai hasil persetujuan bersama kelab dengan pengendali dari Jerman itu.

Kelab berkenaan turut memaklumkan bahawa Feichtenbeiner akan memberi fokus sepenuhnya kepada projek pembangunan bola sepak Selangor sebagai Pengarah Sukan Selangor FC yang disandangnya sejak 2020.

Projek pembangunan bola sepak Selangor yang dimulakan Feichtenbeiner sejak 2020 melahirkan ramai pemain muda yang mewakili pasukan utama Selangor FC dan pasukan kebangsaan Malaysia.

Sehingga kini seramai 19 pemain muda dari pasukan feeder Selangor FC diserap ke pasukan utama seperti Mukhairi Ajmal, Sharul Nazeem, Hein Htet Aung, Alex Agyarkwa, Quentin Cheng dan ramai lagi.

Pada tahun ini juga, seramai 10 pemain muda Selangor dipilih mewakili skuad B-23 kebangsaan dan 13 pemain muda lagi mewakili skuad B-19 kebangsaan untuk pelbagai kejohanan peringkat ASEAN dan Asia.

“Selangor FC juga antara pasukan termuda (mengikut purata umur) dalam saingan Liga Malaysia 2022 dan pihak kelab percaya bahawa projek pembangunan ini wajar diteruskan demi kesinambungan masa depan kelab ini,” jelas kenyataan itu.

Selangor berdepan masalah prestasi turun naik musim ini dan menghuni tangga ketujuh Liga Super selepas mengutip 16 mata daripada 13 perlawanan yang menyaksikan penyokong Gergasi Merah sebelum ini mendesak kelab memecat Feichtenbeiner.

Kekalahan 4-2 menerusi penentuan penalti di tangan Terengganu FC (TFC) dalam aksi separuh akhir Piala FA di Stadium Sultan Mizan, Zainal Abidin, Sabtu lalu menjadi perlawanan terakhir Feichtenbeiner selepas setengah musim membimbing skuad utama Selangor.

Selain itu, Selangor FC menjelaskan bahawa kelab itu sedang membuat pencarian ketua jurulatih baharu dan pengumuman lanjut akan dibuat sebaik segala penelitian selesai dijalankan.

sumber:- BH

“Pembantu ketua jurulatih, Nidzam Jamil akan mengambil alih tanggungjawab mengemudi pasukan utama Selangor sebagai ketua jurulatih sementara bagi menghadapi baki saingan Liga Malaysia 2022,” katanya.