Penyokong bola sepak tempatan kini boleh ‘melekat’ di hadapan kaca televisyen masing-masing selepas TV9 bakal menyajikan aksi Liga Super yang selama ini amat dinanti-nantikan oleh mereka.
Ia akan dimulakan dengan pert3mbungan antara Terengganu FC (TFC) men3ntang Johor Darul Ta’zim (JDT) yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, jam 8.45 malam ini.
Pertembungan ini sudah pasti hangat terutama dengan kelibat pemain bintang JDT seperti Bergson, Fernando Forestieri dan Arif Aiman Hanapi, serta pemain hebat skuad Penyu antaranya Kpah Sherman, Tchetche Kipre dan Faisal Halim.
Sebagai peminat tegar bola sepak tempatan, saya cukup teruja dengan perkembangan ini, di mana TV9 akan menyiarkan kandungan sukan yang menarik dan terkini.
Kami akan terus memberi ruangan kepada penggemar bola sepak dan rakyat Malaysia untuk menonton sukan kegemaran mereka di TV9 sebagaimana yang telah dijanjikan.
“Marilah kita bersama-sama memberi semangat demi bola sepak tanah air dan memeriahkan lagi Liga Super yang akan ditayangkan di TV9,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima. Datuk Khairul Anwar Salleh.
Penyiar Rasmi Liga Super iaitu unifi TV juga mengambil langkah untuk memanjangkan hak penyiaran ini ke TV9 demi peminat bola sepak tempatan.
Ketua Pegawai Komersial Telekom Malaysia Berhad (TM), Anand Vijayan berkata kerjasama terbaharu ini membolehkan Liga Super ditonton oleh lebih ramai penyokong bola sepak tempatan.
Bola sepak adalah salah satu sukan utama dan mendapat tempat di hati ramai peminat sukan. Selain daripada menonton perlawanan ini menerusi saluran unifi Sports, aplikasi unifi PlayTV dan saluran YouTube unifi, Liga Super kini bersiaran di TV9.
sumber:- BH
“Kami berharap peminat dapat menikmati perlawanan ini sebaik mungkin bagi menyemarakkan lagi bola sepak tempatan,” katanya.