“Saya tidak sangka Penang akan berikan persembahan seperti ini, ia satu perlawanan yang sengit dan sukar,” kata ketua jurulatih Negeri Sembilan FC (NSFC), K Devan.
Beliau mengulas mengenai skuad Hobin Jang Hobin yang terpaksa bangkit daripada ketinggalan untuk melakar kemenangan tipis 3-2 berdepan Penang FC dalam aksi Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam tadi.
Menurut Devan, walaupun lawan tampil tanpa beberapa pemain import, namun pujian harus diberikan kepada skuad bimbingan Zainal Abidin Hassan itu yang berjaya mempamerkan persembahan begitu bertenaga.
Walaupun Negeri Sembilan bermain dengan baik terutama pada separuh masa pertama dengan mencipta banyak peluang jaringan, tapi gagal melakukan penyudahan yang baik sebaliknya Penang pula yang berjaya menjaringkan gol.
Namun selepas pemain berjaya menyamakan kedudukan, persembahan Negeri Sembilan dilihat lebih baik, tetapi beberapa kesil4pan dilakukan mereka serta kegagalan mengekalkan disiplin tinggi, menyebabkan pasukan lawan berjaya menjaringkan gol kedua.
“Saya rasa lega apabila gol kemenangan tercipta pada penghujung babak kedua, tetapi hakikatnya kita berdepan situasi cemas sepanjang permainan kerana t3ntangan hebat diberikan Penang,” katanya.
Sementara itu, Zainal Abidin mengakui kec3ewa atas kegagalan pasukannya mendapatkan mata biarpun berjaya mempamerkan persembahan bertenaga dan menjaringkan gol terlebih duhulu.
Beliau bagaimanapun tetap memuji persembahan anak buahnya yang menunjukkan komitmen tinggi sepanjang tempoh 90 minit permainan.
Pemain saya dilihat begitu komited dengan bertungkus lumus dari awal permainan hingga ke wisel penamat. Apa yang membuatkan kita tewas pada malam ini (malam tadi) adalah kelebihan pasukan lawan yang mempunyai ‘set piece’ dengan pemain yang tinggi lampai.
sumber:- BH
“Memanglah amat kec3wa selepas mereka menunjukkan kesungguhan tinggi dan saya berharap komitmen seperti ini dapat diteruskan pada aksi akan datang,” katanya.