sukan

TFC alami kerumItan bertemu JDT atas faktor ini

TERENGGANU FC (TFC) dijangka tidak dapat menurunkan kesebelasan utama ekoran kec3der4an beberapa tonggak utama pada perlawanan men3ntang Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainil Abidin, Gong Badak, di sini malam ini.

Perkara itu disahkan Ketua Jurulatih, Nafuzi Zain, yang mengakui bahawa beberapa tonggak utamanya terpaksa direhatkan akibat masalah kesihatan dan kec3deraan ketika beraksi pada perlawanan separuh akhir Piala FA men3ntang Selangor FC, Sabtu lalu.

Persiapan kita pastilah sedikit terjejas kerana pemain utama seperti pemain say4p linc4h, Mohd Faisal Abdul Halim, striker import, Kipre Tchetche, pemain tengah import, Manuel Ott dan Muhammad Faiz Mohd Nasir alami kec3der4an serta d3mam.

“Oleh itu kita terpaksa lakukan rombakan dan beberapa pertukaran dengan memasukkan pemain skuad kedua untuk perlawanan men3ntang kelab Harimau Selatan, esok,” katanya ketika ditemui pada Isnin.

Bagaimanapun dalam masa yang sama, beliau berasa agak lega apabila striker import kelahiran Liberia, Kpah Sherman sudah pulih daripada kec3deraan dan dapat kembali beraksi malam esok.

Ketika ditanya mengenai peluang skuad Penyu untuk menewaskan juara lapan kali Liga Super itu, Nafuzi berkata, beliau tetap optimis mampu mencatat keputusan positif, sekali gus mengekalkan rekod tanpa kalah di laman sendiri.

Katanya, TFC akan mengambil pengajaran daripada kekalahan tipis 1-2 di tangan JDT pada perlawanan pusingan pertama liga di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, April lepas.

Beliau menuntut anak buahnya tidak terlalu menhormati lawan yang hadir dengan reputasi pasukan terbaik tetapi sebaliknya lebih berusaha dan fokus dengan peranan masing-masing.

sumber:- SH

“Kami juga mengharapkan kehadiran peminat di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) untuk memberikan sokongan padu seperti semasa perlawanan men3ntang Selangor FC Sabtu lalu,” katanya. – Bernama