sukan Syok Woo Baca

Disebalik Kelemahan JDT sedikit terserlah berdepan TFC

Walaupun rekod tanpa tewas di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin musim ini lebur di tangan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi Liga Super malam tadi, ketua jurulatih Terengganu FC (TFC), Nafuzi Zain akui beliau mendapat pengajaran berguna daripada perlawanan itu.

Jurulatih muda meningkat naik berusia 44 tahun itu berkata, beliau juga mendapat idea dan gambaran awal sebelum berdepan skuad kendalian Hector Bidoglio itu sekali lagi pada aksi final Piala FA yang bakal ditentukan tarikhnya oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL).

Walaupun kita tew4s, tapi perlawanan malam ini (malam tadi) memberikan banyak manfaat dan gambaran awal kepada kami sebelum men3ntang skuad itu pada aksi final Piala FA nanti.

Kami juga dapat mengetahui kelem4han dan kekurangan yang perlu diperbaiki serta diperkemaskan lagi di setiap posisi dengan penek4nan lebih terarah kepada jent3ra s3rangan.

“Namun pesanan saya kepada pemain, mereka perlu yakin dan lebih bersedia selain perlu meningkatkan lagi prestasi kerana bukan mudah men3ntang pendahulu Liga Super itu pada aksi final nanti,” katanya ketika ditemui selepas berakhir perlawanan malam tadi.

Ketika ditanya adakah ketiadaan tiga tonggak, Mohd Faisal Halim, Manuel Ott dan Kipre Tchetche menjejaskan corak permainan pasukannya malam tadi, beliau akui ketiadaan mereka tidak begitu dirasai kerana pemain lain juga mampu memikul tugas dengan baik.

Memang saya mahu senaraikan pemain terbaik pada setiap perlawanan, tapi dengan situasi perlawanan begitu padat dan ditambah dengan kec3der4an pemain, ianya sesuatu yang di luar jangkaan.

“Ketiadaan tiga pemain itu (Faisal, Ott dan Tchetche) tidak begitu dirasai, tapi jika mereka ada mungkin keadaan itu boleh berubah, namun pemain lain pun ada kelebihannya yang tersendiri selain peluang buat mereka untuk membuktikan kemampuan masing-masing,” katanya gembira dengan persembahan striker importnya, Kpah Sherman yang kembali bertenaga walaupun tidak menemui sentvhan jaringan.

Pada perlawanan yang berkesudahan 2-1 memihak kepada pelawat, skuad Harimau Selatan mendapat jaringan pertama menerusi Bergson Da Silva pada babak pertama sebelum Fernando Forestierie menambah jaringan pada babak kedua.

sumber:- HM

Gol sagu hati tuan rumah dijaringkan Mohamad Hakimi menerusi sep4kan percuma menarik pada minit ke-50, namun skuad Penyu itu g4gal menambah jaringan walaupun ker4p meng4sak kubu pelawat.