sukan

Ahmad Syihan idamkan tidak terhalang

Ahmad Syihan Hazmi Mohamed tidak mahu hubungan baik dengan bekas pasukannya, Petaling Jaya (PJ) City FC menjadi penghalang untuk dia mempamerkan aksi cemerlang dalam misi membantu Negeri Sembilan FC (NSFC) melebarkan rekod kemenangan.

Menjelang pertembungan dengan pasukan itu dalam saingan Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam esok, penjaga gol utama NSFC itu bertekad mempertahankan kubu pasukannya.

Menurutnya, dia sudah bersedia untuk mengh4lang setiap percubaan daripada striker PJ City seperti pemain kebangsaan Darren Lok, R Kogileswaran, S Kumaahran, Mohd Khyril Muhymeen atau K Gurusamy

Kemenangan dicapai pasukan ke atas Penang FC baru-baru ini menambah lagi keyakinan dan menguatkan semangat saya untuk meneruskan rentak cemerlang.

“Malah saya sedar PJ City memiliki ramai pemain tempatan berkualiti dan mereka jika diberi ruang, pastinya akan membuatkan impian meraih kemenangan, tersasar.

“Apapun saya yakin, rakan terutama di bahagian pertahanan akan memastikan kubu pasukan dapat terus dipertahankan,” katanya selepas sesi latihan hari ini.

sumber:- BH

Pemain berusia 26 tahun itu berkata, dia juga yakin rakannya tidak memandang rendah keupayaan pasukan lawan hanya kerana mereka berada di kelompok terbawah carta liga.