sukan

Datuk Dollah Salleh Idamkan dan usahakan

Pengendali Sri Pahang FC, Datuk Dollah Salleh akan berusaha untuk mengembalikan prestij skuad itu dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Bekas pemain kebangsaan itu berkata, ini kerana skuad Tok Gajah bermula dalam saingan Liga Super pada prestasi tidak menentu.

Sebenarnya, saya tidak berani menyatakan bahawa Sri Pahang kini berada di landasan yang betul.

Tetapi, kita akan cuba untuk mengembalikan prestij Sri Pahang selepas mempamerkan peningkatan prestasi pada tiga perlawanan berturut-turut.

“Saya harap semua pemain dapat mengekalkan tahap konsisten dan displin mereka pada perlawanan selepas ini,” katanya.

Ketika ini, selepas mengharungi 14 perlawanan, Sri Pahang melonjak di kedudukan kelima Liga Super dengan 17 mata.

Mengulas pencapaian itu, Dollah berkata, aksi cemerlang Sri Pahang selepas mencatat kemenangan dalam tiga perlawanan berturut-turut bukan atas faktor dirinya.

Kejayaan itu hasil daripada kerjasama dan idea bersama barisan kejurulatihan untuk melonjakkan kembali Sri Pahang.

“Bagi saya, coach Fandi Ahmad yang banyak bantu kita buat perancangan bersama Datuk Ahmad Yusof dan Ahmad Shaharuddin Rosdi.

“Sebagai contoh, kemenangan ke atas PJ City berdasarkan penilaian yang dilakukan bersama dan hasilnya Sri Pahang mengutip tiga mata,” katanya.

sumber;- HM

Kemenangan 3-0 ke atas PJ City kelmarin, adalah ketiga berturut-turut selepas menewaskan Kedah Darul Aman (KDA) FC (2-0) dan Selangor FC (2-0).