Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio mendedahkan bahawa beberapa pemain skuad Harimau Selatan mengalami keletihan.
Pengendali dari Argentina itu berkata, walaupun pasukannya sudah melakukan penggiliran, masih ada beberapa pemain yang keletihan selepas beraksi enam dari lapan perlawanan terakhir di tempat lawan.
Katanya, beberapa pemain seperti Natxo Insa dan Syamer Kutty Abba pula dibelenggu kec3deraan, manakala Matthew Davies dan Bergson Da Silva baru kembali dari kec3deraan.
Kami melakukan penggiliran skuad dalam beberapa permainan namun masih ada beberapa pemain yang keletihan seperti Shane Lowry, Shahrul Saad, Fernando Forestieri, Arif Aiman (Hanapi) dan beberapa pemain lagi.
“Kami akan menggunakan beberapa hari ini untuk pemulihan, persediaan dan perjalanan bagi perlawanan Liga Juara-Juara AFC menentang Urawa Reds di Jepun pada 19 Ogos,” katanya dalam kenyataan di Facebook rasmi kelab, JOHOR Southern Tigers.
JDT terus mengekalkan rekod cemerlang musim ini apabila membenam Terengganu FC (TFC) 2-1 di gelanggang lawan, Rabu lalu dan memimpin Liga Super dengan mengumpul 38 mata, empat mata di depan pasukan tangga kedua, Sabah.
Harimau Selatan seterusnya akan mengharungi aksi getir di pusingan kalah mat! Liga Juara-Juara Asia (ACL) berdepan Urawa Reds di Stadium Saitama, Jumaat ini.
Selain itu, Bidoglio memuji persembahan cemerlang barisan pemainnya yang berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah dalam 44 perlawanan di gelanggang lawan.
Meskipun kami bermain dengan corak permainan kami ketika di laman sendiri di Johor, perlawanan di tempat lawan sentiasa memerlukan pendekatan yang berbeza dan kami perlu menukar corak taktikal untuk memastikan kami mendapat mata, yang mana ia motif utama buat kami apabila berada di padang.
sumber:- BH
“Ia bukan suatu perkara biasa di mana sesebuah pasukan menjadi ‘unbeaten’ di tempat lawan untuk 44 perlawanan liga, jadi saya perlu memuji pasukan untuk sebuah pencapaian yang hebat kerana setiap perlawanan di tempat lawan adalah berbeza. Kami mesti berusaha untuk mengekalkan rekod yang luar biasa ini,” katanya.