sukan

Pemain terbaik ketika bertemu JDT

Pemain meningkat naik Terengganu FC (TFC), Muhammad Alif Zakaria, tidak rela ‘berputih mata’ lagi apabila pasukannya bakal membuat perhitungan dengan Sarawak United FC (SUFC) pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, malam esok.

Bek kiri berusia 24 tahun yang dipilih sebagai pemain terbaik ketika skuadnya tumpas 1-2 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) pada Rabu lalu tekad untuk ‘merantai’ jentera skuad The Golden Hornbill kendalian S Balachandran.

Bekas bek kanan skuad ‘adik’ Terengganu FC II (TFC II) itu juga berazam mahu membalas kepercayaan yang diberikan ketua jurulatih, Nafuzi Zain yang kerap memberikannya peluang membarisi kesebelasan utama walaupun dia lebih dominan menyepak bola menggunakan kaki kanan.

Bertemu Sarawak United sudah tentu sasaran utama kami adalah untuk mengutip tiga mata penuh bagi mengelak keciciran mata lagi dalam carta Liga Super lebih-lebih lagi beraksi di tempat sendiri.

Walaupun masih belum berpuas hati lagi dengan corak persembahan diri sendiri kerana masih banyak lagi yang perlu diperbaiki dan ditingkatkan bagi lebih lagi, tapi saya tidak akan memberi laluan mudah kepada jentera s3rangan lawan.

“Saya akan menggunakan segala pengalaman untuk mengawasi barisan pemain lawan daripada membolosi gawang kami kerana itu adalah amanah yang perlu saya dan rakan sepasukan pikul,” katanya ketika ditemui di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

Ketika ditanya apa resipi utamanya sehingga berjaya memikat pengendali skuad Penyu itu, pemain kelahiran Paya Datu, Manir yang menjadikan pemain kebangsaan Jerman, Philipp Lahm sebagai idolanya mendedahkan dia sentiasa berfikir dan melakukan yang terbaik bagi meningkatkan lagi prestasi ketika latihan mahupun ketika perlawanan.

Bagi saya bukan senang untuk membarisi skuad utama pasukan, lagipun sebelum ini saya lebih banyak bermain dengan pasukan TFC II di posisi bek kanan kerana saya menendang bola menggunakan kaki kanan, tapi apabila mendapat peluang dan kepercayaan, saya akan memberikan yang terbaik setiap kali diturunkan.

“Namun aspek fizikal dan corak permainan perlu ditingkatkan lagi bagi memastikan saya terus konsisten dan mampu bertahan dengan baik bersama rakan sepasukan ketika diasak pemain lawan,” kata bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Jeram, Kuala Terengganu itu.

Sementara itu, Nafuzi menjelaskan kemenangan menjadi sasaran utama pasukannya berdepan skuad Sarawak United selepas gagal mengutip sebarang mata ketika berdepan gergasi Liga Malaysia (Liga M), JDT pada aksi terakhir sebelum ini.

Sudah tentu tiga mata menjadi matlamat kami bagi mengelak kita keciciran mata lagi selepas tumpas kepada JDT, tapi saya tahu ianya bukan mudah ditambah ada pemain utama kami dilanda kecederaan dan masalah kesihatan.

“Seperti pemain tengah, Petrus Shitembi tidak dapat diturunkan kerana kecederaan manakala penyerang, Kipre Tchetche belum sihat sepenuhnya lagi, mungkin kita akan menurun barisan berbeza, tapi sesiapapun yang bakal diturunkan, mereka perlu memberikan aksi terbaik,” katanya.

Sebelum ini, ketumpulan jentera s3rangan skuad Penyu itu menghantui pengendali kelahiran Kelantan itu walaupun dua striker import, Kpah Sherman dan Tchetche adalah ‘orang lama’ dalam Liga M selain pernah muncul antara penjaring terbanyak sebelum ini.

sumber:- HM

Bagaimanapun skuad Penyu yang kini menghuni di tangga keenam liga dengan mengumpul 17 mata hasil 13 perlawanan mempunyai pilihan yang kerana boleh menggunakan khidmat pemain daripada skuad feeder club kendalian Badrul Afzan Razali untuk disenaraikan dalam pasukan.