sukan

Skuad Harimau Malaya bakal bertemu dengan juara Piala Carribean

Kuala Lumpur: Skuad Harimau Malaya bakal bertemu dengan juara Piala Carribean sebanyak 10 kali iaitu Trinidad & Tobago pada Kejohanan 4 Penjuru dikenali Piala Raja Thai 2022 di Chiang Mai, Thailand pada 20 hingga 24 September 2022.

Menerusi kenyataan dikeluarkan Persatuan Bolasepak Thailand (FAT), tiga pasukan sudah mengesahkan penyertaan di kejohanan terb4bit.Selain Malaysia, Thailand dan Trinidad & Tobago, turut menyertai kejohanan itu adalah pasukan di ranking 108 dunia iaitu Tajikistan.

Mengikut rekod, Trinidad & Tobago pernah beraksi di Piala Dunia 2006 di Jerman dan antara pasukan boleh dikatakan hebat dan setakat ini, Malaysia belum pernah berentap dengan skuad terbabit.

Selain itu, FAT menjelaskan perlawanan persahabatan berlangsung di luar Bangkok bagi memberi peluang kepada rakyat di setiap wilayah untuk menyaksikan perlawanan membabitkan pasukan kebangsaan.

Saingan terbabit yang akan berlangsung menerusi format kal4h m4ti dengan pasukan menang akan mara ke final manakala pasukan kal4h berentap untuk penentuan tempat ketiga.Setiap keputusan perlawanan memberi mata kepada ranking Persekututuan Bolasepak Dunia (Fifa).

Sebelum ini, Malaysia pernah muncul juara dalam empat edisi Piala Raja Thai iaitu pada 1972, 1976, 1977 dan 1978.

Sementara itu, Presiden FAT, Somyot Phumphanmuang mengumumkan Thailand tidak akan menurunkan pasukan bawah 23 tahun untuk kejohanan itu, sebaliknya bakal menyenaraikan barisan terkvat di bawah kendalian Mano Polking sebagai persiapan menghadapi Piala Asia 2023.

Kejohanan itu boleh dikatakan sebagai medan terbaik untuk Harimau Malaya menguji t4ktikal Kim Pan-gon berdepan lawan lebih kuat dan persiapan menghadapi Piala AFF 2022 yang dijangka berlangsung pada 21 Disember hingga 17 Januari 2023.

sumber:hmetro

Barisan pemain skuad Harimau Malaya akan kembali berkumpul dalam kem latihan pusat mulai 15 September 2022 sebelum berangkat ke Thailand.