sukan Syok Woo Baca

Harimau Malaya perlu manfaatkan peluang ini

Skuad Harimau Malaya bukan saja dapat meng4sah T4ring apabila berdepan dengan pasukan yang berada pada ranking Fifa lebih tinggi, bahkan berpeluang menguji dan mengadaptasi permainan dari dua pasukan di zon dan benua berbeza.

Selain Thailand (111 ranking Fifa) yang sudah diketahui corak permainan, kesempatan men3ntang Tajikistan (108) dari zon Asia Tengah dan Trinidad & Tobago (108) dari benua Amerika Tengah pastinya memberi pengalaman berbeza buat Malaysia dalam siri perlawanan antarabangsa Tier 1 di Chiang Mai, Thailand bulan depan.

Menurut bekas jurulatih kebangsaan, Wan Jamak Wan Hassan, skuad negara Kim Pan-gon yang menghuni tangga 147 dunia itu bakal meraih manfaat besar apabila bertemu pasukan terbabit.

Katanya, intensiti tinggi adalah aspek utama dalam bola sepak moden namun setiap benua mempunyai identiti tersendiri dalam gaya permainan sama corak pantas yang sering digunakan di Eropah atau Asia Timur seperti Jepun dan Korea, mahupun corak agresif yang sinonim dengan pasukan dari Afrika atau Asia Barat.

Ini peluang terbaik pasukan negara untuk cuba menggunakan taktikal dan strategi berbeza dalam permainan apabila menentang pasukan dari negara-negara yang jarang kita jumpa.

Tapi biasanya jurulatih sudah ada gaya permainan yang beliau mahukan, dan ia termasuklah Pan-gon yang saya kira dah ada ‘set of player’ dalam perancangannya.

“Di sinilah pemain yang dipilih nanti akan dinilai dan diberi pendedahan dengan corak permainan yang beliau mahukan, sambil mengatasi apa-apa kelemahan sebelum ini untuk ditingkatkan,” katanya ketika dihubungi Arena Metro.

Di Chiang Mai, Thailand itu nanti, empat pasukan akan akan beraksi secara kalah mat!, di mana perlawanan separuh akhir akan berlangsung.

Dua pasukan yang menang akan bertemu pada final manakala dua pasukan yang tewas akan beraksi perlawanan penentuan tempat ketiga.

Perlawanan antarabangsa anjuran Persatuan Bolasepak Thailand (FAT) ini akan diadakan di Stadium 700th Anniversary of Chiang Mai bermula dari 20-26 September ini.

Untuk rekod, kali terakhir Malaysia men3ntang Tajikistan adalah pada 2019 yang menyaksikan skuad negara menang 1-0, sementara dengan Trinidad & Tobago pula skuad negara tidak pernah bertemu lawan itu di pentas antarabangsa.

sumber:- HM

Manakala, dalam tiga aksi terakhir berdepan Thailand pula menyaksikan skuad negara cemerlang dengan dua kali menewaskan skuad Gajah Perang dan seri sekali sejak 2018 lalu.