sukan

Kelantan FC membuat dua laporan

Kelantan FC membuat dua laporan polis berhubung kejadian rusvhan yang berlaku di Stadium Sultan Muhammad ke IV, Rabu lalu.

Kedua-dua laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis IPD Kota Bharu sehari selepas kejadian.

Pemangku, Pengurus Operasi TRW Kelantan FC, Mohd Afiq Ab Manaf berkata, laporan polis dibuat bagi membolehkan siasatan lanjut diambil pihak berkuasa.

Katanya, insid3n itu juga berlaku bukan disebabkan penyokong Kelantan berang pasukan mereka kalah sebaliknya terdapat pr0vokasi yang dilakukan satu kumpulan penyokong yang dikenali sebagai ‘pasukan casual’ yang hadir sebagai penyokong pelawat.

Mengikut kenyataan media yang diberikan, provokasi dimulakan dua lelaki daripada kelab penyokong itu yang bertindak mengeluarkan kata-kata kesat ketika separuh masa kedua berlangsung.

Kekecohan kali kedua bermula di pintu masuk yang sama (Gate 1), mereka mula melempar bekas air plastik ke atas penyokong Kelantan.

“Kelab penyokong itu dibawa ke tengah padang bagi mententeramkan keadaan dan pihak keselamatan ada berbincang dengan ketua mereka namun enggan bekerjasama,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan Kelantan FC, hari ini.

Kelab penyokong itu didakwa meneruskan prov0kasi dengan mengejek penyokong tuan rumah, bergayut di tiang gol, menunjukkan isyarat lvcah dan mengeluarkan kata-kata k4sat.

Malah mereka juga turut bertindak keterlaluan apabila membuka seluar dan menunjukkan bahagian punggung kepada penonton selain turut membuang air kecil di Ad-Board, di belakang tiang gol.

Mohd Afiq berkata, kejadian itu menimbulkan kemarahan penyokong tuan rumah.

“Kami berbincang dan akhirnya bersetuju membawa keluar penyokong Perak FC yang lain dalam keadaan selamat dan mengiringi perjalanan mereka hingga sempadan negeri,” katanya.

Beliau berkata, pihak pengurusan TRW Kelantan FC tidak akan berkompromi sama sekali dengan provokasi yang dicetuskan di kawasan stadium.

Katanya, bukti gambar dan situasi ketika insiden sudah diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan susulan.

“Insya-Allah, kami di TRW Kelantan FC sentiasa menjaga ketenteraman semua penonton yang hadir ke stadium, semoga kejadian seperti ini tidak berulang lagi di masa akan datang,” katanya.

Rabu lalu, perlawanan Liga Perdana pusingan ke-14 antara Kelantan FC dan Perak FC bertukar ganas apabila penyokong kedua pasukan melakukan rusuhan dengan membaling batu, mercun dan objek tajam.

sumber:- BH

Keadaan itu turut menyebabkan cermin bas yang membawa pemain Perak FC pecah dan huru-hara di atas padang hingga ke luar stadium.