Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria memberi tempoh enam bulan kepada barisan kejurulatihan perseorangan untuk mencari pemain muda yang mampu diletak sebagai pemain kedua dan ketiga dalam skuad kebangsaan.
Norza berkata, Pengarah Kejurulatihan (perseorangan) BAM, Wong Choong Hann dan jurulatih, Hendrawan perlu memikul tugasan berkenaan memandangkan dalam barisan kebangsaan ketika ini, Ng Tze Yong berada di kedudukan nombor satu perseorangan lelaki.
Sekarang ini di BAM kita ada Tze Yong nombor satu. Jadi, persoalan saya kepada Choong Hann dan Hendrawan adalah siapa pemain nombor dua dan tiga kita?
Mereka kena kenal pasti dengan pantas. Kita berikan mereka enam bulan untuk melakukannya. Sebenarnya, ada ramai (pemain), tetapi mereka perlu namakan yang kedua dan ketiga kepada kita.
Sekarang ini, kita ada Lee Zii Jia (tetapi pemain) bebas, Tze Yong dan kita ada Liew Daren (bebas), Cheam June Wei (bebas) dan Soong Joo Ven (bebas).
“Namun daripada perspektif BAM, pada pandangan saya, Choong Hann dan barisan kejurulatihan perlu namakan siapa pemain kedua dan ketiga mereka yang perlu dipercepatkan untuk berada di tahap tertinggi,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Mesyuarat Ahli Lembaga BAM hari ini.
Norza berkata, beliau juga mahu kem perseorangan wanita turut diberi perhatian selepas prestasi S Kisona tampak statik dan gagal meningkat.
Kita sudah katakan apa yang berlaku pada Kisona, bila Kisona akan meningkat? Ini semua persoalan tapi pada akhirnya ia terpulang kepada barisan kejurulatihan dan bahagian teknikal untuk melakukan apa yang patut.
sumber:0 BH
“Dr Tim Jones (Pengarah Prestasi Tinggi BAM), akan melakukan penilaiannya tersendiri. Ada satu sistem yang diketengahkan oleh beliau tadi (dalam Mesyuarat Ahli Lembaga BAM) dan kita luluskan,” tambah Norza.