Syok Woo Baca

Berpeluang untuk mencipta sejarah

Kuala Lumpur: Beregu wanita nombor satu negara, Pearly Tan-M Thinaah berpeluang untuk mencipta sejarah menjadi pemain wanita pertama negara meraih pingat di Kejohanan Dunia di Tokyo yang akan membuka tirai Ahad ini.

Prestasi mantap yang dipamerkan termasuk baru-baru ini meraih emas Sukan Komanwel Birmingham 2022 dalam acara beregu wanita, selain membantu skuad negara muncul juara berpasukan campuran mampu menaikkan semangat pasangan ranking ke-11 dunia itu di Tokyo.

Menurut Thinaah, mereka tidak meletakkan sebarang sas4ran khusus di kejohanan berkenaan tetapi berjanji akan menampilkan prestasi terbaik mereka dalam setiap perlawanan yang diharungi.Apa yang paling penting kami fokus satu demi satu perlawanan dan berikan yang terbaik. Saya percaya keputusan yang p0sitif akan hadir selepas itu,” kata pemain kelahiran Selangor itu.Ujarnya, selepas pulang daripada Sukan Komanwel, mereka hanya ada beberapa hari untuk buat persiapan m4ntap ke sana.Tempoh yang ada akan kami gunakan sebaiknya untuk memperbaiki kelem4han dan meningkatkan lagi prestasi kami,” katanya.

Sebagai rekod, Malaysia tidak pernah memenangi pingat dalam acara beregu serta perseorangan wanita dalam Kejohanan Dunia sebelum ini.Sementara itu, Pearly mengakui Kejohanan Dunia akan memberikan cab4ran berbeza buat mereka dengan penyertaan gandingan dalam kelompok 20 terbaik dunia.

“Bukan mudah apabila beraksi dalam Kejohanan Dunia kerana ia disertai pasangan 10 atau 20 terbaik dunia. Masing-masing menunjukkan prestasi yang k0nsisten.Sebab itu, kami perlu kekal fokus dalam setiap perlawanan yang diharungi. Sudah pasti kejayaan di Sukan Komanwel memberikan motivasi kepada kami tetapi masih ada beberapa kelemahan yang kami perlu perbaiki sebelum Kejohanan Dunia bermula,” katanya.

Bagi memenangi pingat di Tokyo, Pearly-Thinaah berdepan laluan mencabar apabila dua pasangan kel0mpok lima terbaik dunia iaitu Nami Matsuyama-Chiharu Shida (lima dunia) dari Jepun dan pasangan Korea Selatan, Kong Hee Yong-Kim So Yeong (empat dunia) dijangka menanti mereka jika layak ke pusingan ketiga dan suku akhir.

Mereka yang mendapat bye di pusingan pertama akan memulakan kempen menentang pemenang perlawanan antara rakan senegara, Valeree Siow-Low Yeen Yuan atau Treesa Jolly-Gayatri Gopichand dari India di pusingan kedua.

SUMBER:HMETRO

Pearly-Thinaah bagaimanapun berjaya menew4skan Treesa-Gayatri dua kali di Birmingham ketika laluan memb4ntu skuad negara meraih dua emas di Sukan Komanwel baru-baru ini