Syok Woo Baca

Bukan kerja mudah baginya

Kuala Lumpur: Proses melahirkan pemain seperti Ng Tze Yong bukan kerja mudah atau boleh dilakukan dalam tempoh singkat kerana memerlukan k0mitmen tinggi dan usaha berterusan untuk merealisasikan matlamat itu.

Namun, bagi Pengarah Kejurulatihan (perseorangan) BAM, Wong Choong Hann, perkara terbabit tidak mustahil berdasarkan program latihan diterapkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) ketika ini dilihat sudah membuahkan hasil.Beliau berkata, barisan kejurulatihan akan meneruskan program yang dilakukan ketika ini dalam misi mencari pemain kedua dan ketiga terbaik selepas Tze Yong di kem kebangsaan.

“Tze Yong tak cepat (peningkatan). Kita sudah berusaha meningkatkan prestasinya agak lama, sejak dia datang kepada kita pada usia 19 tahun. Kita ambil dia pada waktu itu, tetapi sekarang dia semakin menunjukkan peningkatan dan stabil.

“Ini bermaksud, program latihan kita membawa hasil. Jadi kita akan teruskan apa yang kita lakukan sekarang. Proses mencari juara ini memerlukan proses yang betul dan memakan masa dan kita akan cuba sedaya upaya,” katanya.

Semalam, Arena Metro melaporkan tugas berat menanti barisan kejurulatihan perseorangan BAM apabila mereka perlu mencari pemain berstatus kedua dan ketiga dalam acara perseorangan lelaki dan wanita hanya dalam tempoh enam bulan.

Hal ini kerana, badan induk sukan badminton negara itu ketika ini hanya memiliki Tze Yong selaku pemain terbaik bagi acara perseorangan lelaki sementara S Kisona mendahului senarai dalam acara perseorangan wanita.

Presiden BAM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria menegaskan, ia masih belum mencukupi dan mengg3sa barisan kejurulatihan menghasilkan pemain di posisi kedua dan ketiga dalam kedua-dua acara itu.

Sementara itu, Choong Hann berkata, ketika ini BAM memiliki barisan pemain berkualiti dan akan meneliti individu terbaik untuk ‘dinaikkan pangkat’.

“Kita tengah berusaha dengan hampir semua pemain dalaman kita. Siapa yang men0njol, kita harus menelitinya dengan lebih terperinci. Kita tidak menyasarkan satu atau dua orang saja tetapi lebih kepada keseluruhannya. (Contoh) seperti Aidil (Sholeh Ali Sadikin), Leong (Jun Hao), (Lim) Chong King dan beberapa pemain muda yang lain.

“Saya harap semua dapat menunjukkan peningkatan dan menjadi lebih berwibawa dan mampu membawa diri dalam setiap perlawanan yang akan diatur buat mereka selepas ini.

“K0mitmen dan kemahuan yang cukup tinggi harus ada pada setiap pemain kerana latihan harian itu kadangkalanya agak memb0sankan dan ‘m0no’. Jadi pemain perlu bersiap sedia daripada segi mental untuk melalui proses ini.

“Sekiranya mereka cukup f0kus dengan latihan itu, tentunya peluang itu akan lebih cerah dan itu akan mempercepatkan proses berkenaan,” katanya.