sukan

KDA FC KEMBALI CERIA SEMULA DENGAN KEHADIRANNYA

Kedah Darul Aman FC (KDA FC) bakal mendapat kembali sentvhan pemain import dari Andorra, Marc Vales Gonzalez pada aksi Liga Super men3ntang Sabah FC di Stadium Darul Aman malam esok.

Perkembangan ini disambut p0sitif oleh pengendali KDA FC, Aidil Sharin Sahak yang mahu melihat pertahanan Sang Kenari lebih keb4l dalam menghadapi anc4man skuad Sang Badak yang diterajui bekas kapten Kedah, Baddrol Bakhtiar.

Menurut Aidil, Gonzalez yang kini mencapai tahap kecergasan yang baik, bersedia untuk diturunkan selepas empat bulan berehat disebabkan keced3raan kaki sejak perlawanan pra-musim.

Dia (Gonzalez) kini sedia untuk beraksi selepas kali terakhir diturunkan ketika aksi menentang Penang FC pada April lalu, dan saya berharap dengan kehadiran semula Gonzalez, sistem pertahanan kita dapat dikukuhkan lagi bersama barisan pertahanan sedia ada.

Kita tahu perlawanan ini sangat penting dalam usaha Kedah mencapai kemenangan selepas tew4s kepada Sri Pahang dan KL City dalam aksi Liga Super sebelum ini.

“Oleh itu saya sangat berharap dengan kelebihan beraksi di laman sendiri dan semangat keb4ngkitan yang diidamkan semua pemain, kami mampu bangkit membvru kemenangan di hadapan penyokong yang hadir nanti,” kata Aidil.

Menurut Aidil, dia bakal menampilkan strategi berbeza berbanding aksi kali pertama bertemu skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee di Stadium Likas pada April lalu.

“Kami banyak melakukan kesil4pan mudah semasa tew4s kepada tuan rumah di Likas pada pertemuan pertama April lalu, dan saya berharap pemain mampu lebih bersedia pada pertemuan kali ini serta tidak lagi melakukan perkara yang sama yang boleh mengakibatkan pasukan dihukum pihak lawan.

“Jadi kami mahu setiap kelem4han lalu itu diperbaiki dan kita perlu lebih mat4ng apabila berdepan Sabah yang memiliki pemain-pemain berpengalaman termasuk bekas kapten Baddrol Bakhtiar, Amri Yahyah, Saddil Ramdani, Park Taesu dan Rizal Ghazali,” katanya.

sumber:- BH

KDA FC yang kini berada di tangga kelapan liga, wajib meraih tiga mata bagi memburu tempat dalam kelompok lima teratas Liga Super.