sukan Syok Woo Baca

Berita gembira terkini buat penyokong Final Piala FA

Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) akan memastikan padang di Stadium Nasional, Bukit Jalil berada pada tahap terbaik bagi aksi final Piala FA, 10 September ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Faidz Sanusi menjelaskan pihaknya akan menjalankan kerja penjagaan padang sebaik mungkin menjelang perlawanan akhir yang menemukan Terengganu FC (TFC) dan Johor Darul Ta’zim (JDT) itu.

Malah, beliau menyambut baik keputusan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) yang memilih Stadium Nasional sebagai venue perlawanan akhir Piala FA buat kali ke-12 sejak kali pertama penganjuran pada 1990.

Ini berita yang amat baik bukan sahaja kepada PSM selaku tuan rumah, malah buat semua penyokong JDT dan TFC yang akan hadir untuk merasai bahang final Piala FA di Stadium Nasional.

Bagi pihak PSM kami amat mengalu-alukan kerjasama dengan MFL bagi penganjuran perlawanan akhir ini yang secara tidak langsung mengukuhkan lagi jenama Stadium Nasional sebagai hub sukan terbaik negara.

Dalam memastikan kelancaran penganjuran final Piala FA itu, sudah pasti pihak PSM akan mengambil langkah-langkah tertentu dalam memastikan fasiliti di stadium di tahap terbaik termasuk juga keadaan padang.

“Sejak penganjuran pusingan kelayakan Piala Asia, Jun lalu, padang Stadium Nasional sudah tidak digunakan untuk sebarang aktiviti bola sepak dan dalam masa ke semasa kita akan menjalankan kerja penjagaan padang menjelang perlawanan akhir itu nanti,” katanya.

Semalam, MFL mengumumkan Stadium Nasional sebagai venue perlawanan akhir selepas melalui proses yang panjang untuk menilai kemungkinan beberapa pilihan lain untuk penganjuran aksi final itu.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam berkata, pemilihan venue itu turut memberi penekanan dari segi pengelolaan perlawanan, penyiaran, komersial dan kapasiti stadium yang akan membolehkan setiap finalis menjana pendapatan sebanyak mungkin daripada penganjuran perlawanan akhir.

Antara elemen yang menjadi perhatian MFL adalah keadaan padang SNBJ dan kami mendapat jaminan daripada PSM bahawa mereka komited dan akan memastikan penjagaan padang di tahap terbaik menjelang aksi kemuncak itu nanti.

sumber:- BH

“Buat masa ini, SNBJ satu-satunya stadium yang mampu memuatkan 80,000 penyokong dalam satu-satu masa dan berada dalam keadaan yang selamat untuk digunakan. Ini amat penting kerana kita tahu permintaan penyokong kedua-dua pasukan amat tinggi untuk menyaksikan final di stadium,” katanya.