Tokyo: Kelab Jepun berhasrat meneruskan penguasaan apabila Liga Juara-Juara Asia bersambung semula, esok, dengan tiga kelab Liga-J antara lapan pasukan kekal dalam undian di sebelah timur.
Empat tahun lalu, Kashima Antlers muncul pasukan terakhir dari Jepun menang gelaran itu, tetapi sekurang-kurangnya satu pasukan Liga-J akan mengesahkan tempat ke suku akhir pada undian Sabtu ini.
Yokohama F Marinos, Urawa Red Diamonds dan Vissel Kobe memiliki kelebihan di tempat sendiri pada aksi kal4h m4ti apabila perlawanan peringkat 16 terbaik, suku akhir dan separuh akhir akan dilangsungkan di Saitama di utara Tokyo, pada minggu mendatang.
Pendahulu liga domestik, Yokohama akan menentang Kobe, esok dengan pasukan dibimbing jurulatih Australia, Kevin Muscat itu kini berada dalam prestasi baik.
Bekas pemain pertahanan Melbourne Victory itu mengubah pasukan sejak mengambil alih tugas daripada Ange Postecoglou dan Yokohama mendahului Liga-J dengan kelebihan lima mata manakala Kobe bergelut dengan zon penyingkiran.Urawa yang dibimbing Ricardo Rodriguez pula mengharapkan kejayaan di peringkat benua selepas aksi domestik yang kurang menyerlah.
Juara Asia dua kali itu kini berada di kelompok pertengahan Liga-J dan akan berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada Jumaat selepas wakil Malaysia itu menundukkan juara edisi 2020, Ulsan Hyundai di peringkat kumpulan.
Bagaimanapun, JDT perlu mengatasi mas4lah kehilangan jurulatih, Benjamin Mora, yang meninggalkan pasukan pada bulan lalu kerana mas4lah peribadi.
Hector Bidoglio dilantik menggantikan pengendali dari Mexico itu dan pada ketika JDT terus menguasai liga dom3stik, tidak dapat dipastikan sama ada mereka mampu memberi kesan pada persaingan peringkat benua.
sumber: hmetro
Juara dua kali dari Korea Selatan, Jeonbuk Motors akan berdepan kelab senegara, Daegu FC pada Khamis dengan keyakinan mampu melangkah ke suku akhir.