sukan

Kepulangan Baddrol dan Rizal Beraksi di gelanggang keramat Kedah akan jadi perhatian

Ketua jurulatih sementara Selangor, Mohd Nidzam Jamil berdepan ujian pertama yang agak berat apabila akan berdepan Terengganu FC (TFC) di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam ini.

Mata penyokong Selangor mungkin lebih tertumpu ke arah persembahan skuad Gergasi Merah terutama berkaitan dengan t4ktikal akan digunakan Nidzam sama ada berbeza dengan apa direncanakan Michael Feichtenbeiner sebelum ini.

Skuad Gergasi Merah harus melupakan segala detik pahit sepanjang empat bulan mengharungi musim ini dengan beberapa siri keputusan tidak memihak mereka dalam liga selain disingkirkan TFC di separuh akhir Piala FA, 6 Ogos lalu.

Fokus paling penting ketika ini adalah bagaimana mahu menjinakkan TFC dan mengembalikan semula keyakinan penyokong Gergasi Merah walaupun peluang untuk mer3but kejuaraan Liga Super seakan sudah tertutup buat mereka.

Seandainya berjaya menjinakkan anak buah Nafuzi Zain, Nidzam bukan sahaja akan lulus ujian sulung, malah boleh menamatkan badi lebih tiga tahun tidak menang ke atas skuad Penyu serta memb4las d3ndam disingkirkan dari Piala FA.

Melihat kepada statistik rekod pertemuan kedua-dua pasukan, kali terakhir Selangor menewaskan TFC pada Mac 2019 dalam aksi Liga Super dan rekod itu mungkin menjadi antara sandaran buat pemain skuad Penyu untuk turun dengan keyakinan tinggi berdepan Gergasi Merah.

Selain itu, aksi di Stadium Darul Aman turut akan menjadi tumpuan peminat bola sepak tanah air apabila akan menemukan Kedah Darul Aman FC dan pasukan tangga kedua, Sabah FC.

Paling menarik, pertembungan itu bakal menyaksikan kepulangan kali pertama dua bekas tonggak Kedah, Baddrol Bakhtiar dan Rizal Ghazali ke Stadium Darul Aman selepas kedua-duanya menyertai Sabah musim ini.

Beraksi di gelanggang keramat Kedah itu pasti menggamit kenangan buat Baddrol yang juga bekas kapten Kedah dan 16 tahun bersama Sang Kenari selain Rizal pula tujuh tahun menabur bakti bersama bekas pasukannya itu.

Namun, kali ini mereka hadir sebagai lawan buat Kedah dan pengalaman luas bermain di Stadium Darul Aman sebelum ini mungkin menjadi aset berguna untuk membantu Sabah mencipta keputusan positif.

Aksi sengit bakal disaksikan kerana kedua-dua pasukan sangat memerlukan kemenangan dengan Kedah mahu memperbaiki kedudukan mereka dalam liga dan Sabah pula ingin mengekalkan prestasi konsisten untuk terus mengejar Johor Darul Ta’zim (JDT) di tangga teratas.

Berdasarkan prestasi semasa, Sabah dilihat menjadi pasukan pilihan untuk meraih kemenangan, namun tidak mustahil juga sekiranya Kedah mampu menggunakan kelebihan beraksi di gelangang sendiri dan mengutip tiga mata.

Kedah tidak boleh hilang fokus hingga wisel penamat kerana skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee terkenal dengan memerangkap lawan menerusi jaringan pada minit akhir.

sumber:- BH

Satu lagi aksi yang akan berlangsung malam ini adalah pertembungan dua pasukan di kedudukan bawahan liga, Sarawak United dan Petaling Jaya (PJ) City di Stadium Negeri, Kuching.