sukan

harapan Kisona langkah kanan

Kuala Lumpur: Selepas tersingkir di pusingan pertama tahun lalu, pemain badminton perseorangan wanita negara, S Kisona berazam memberi persembahan terbaik dalam penampilan keduanya di Kejohanan Dunia, bermula minggu depan.

Menurut pemain kelahiran Negeri Sembilan itu, dia berharap dapat memberikan persembahan terbaik kali ini dan lihat bagaimana perjalanan perlawanannya di Tokyo nanti.

“Setakat ini semuanya berjalan lancar (dari segi persiapan), kami melakukan apa yang sepatutnya dilakukan di dalam gelanggang. Banyak perbincangan dilakukan dengan jurulatih,” kata pemenang pingat emas Sukan Sea Manila 2019 itu.

Pada penampilan sulungnya di Kejohanan Dunia tahun lalu, Kisona tersIngkir di pusingan pertama selepas tumpas kepada pemain Turkiye, Neslihan Yigit 14-21, 15-21.

Dalam undian kali ini, dia bakal berdepan wakil Vietnam, Vu Thi Trang di pusingan pertama dan jika menang tugas sukar menantinya di pusingan kedua apabila menentang perseorangan wanita nombor satu Denmark, Mia Blichfeldt.

“Sekarang ini kami sedang cuba untuk menyesuaikan diri dengan jurulatih baru, James Chua. Setakat ini tempoh agak singkat, jadi saya cuba untuk mendapat segala tunjuk ajar darinya sebanyak mungkin.

“Mengenai keced3raan pula saya sudah melalui proses pemulihan dengan baik dan boleh beraksi dalam keadaan 100 peratus di sana. Jadi saya akan pergi ke sana untuk berikan yang terbaik dan lihat apa bakal berlaku,” katanya.

Ditanya sama ada mengkaji permainan lawan (Tri Trang), pemain ranking ke-54 dunia itu mengakui melakukan perkara berkenaan, namun tidak mahu terlalu f0kus sehingga meletakkan tek4nan kepada dirinya sendiri.

sumber:hmetro

Selain Kisona turut layak dalam acara perseorangan wanita ialah pemain profesional, Soniia Cheah yang diundi menentang Putri Kusuma Wardani dari Indonesia.