Semasa sukan

Komen Hector Bidoglio untuk berdepan Urawa Red Diamonds

Walaupun turun sebagai pasukan bukan pilihan, ia bukan hal4ngan untuk Johor Darul Ta’zim (JDT) mencipta kejutan berdepan Urawa Red Diamonds dalam pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Saitama, esok.

Ketua jurulatih JDT, Hector Bidoglio mengakui anak buahnya akan berdepan tugas sukar apabila menentang kelab Jepun itu yang memiliki reputasi tinggi terutama pernah dua kali muncul juara ACL pada 2007 dan 2017.

Pengendali dari Argentina itu bagaimanapun menegaskan bahawa pasukannya tetap akan cuba memberikan aksi terbaik pada perlawanan itu.

Kami menekankan kepada pemain mengenai kepentingan perlawanan ini dan kami perlu terus memberikan fokus sepenuhnya.Pemain JDT mempunyai mentaliti yang hebat. Mereka tahu keupayaan mereka dan kami boleh menyaingi Urawa.

“Urawa adalah pasukan yang sangat baik, yang suka bermain dengan hantaran pendek dan pantas. Perkara utama adalah untuk mendapatkan bola. Jika kami melakukannya, ia akan lebih mudah buat kami,” katanya.

JDT mencipta sejarah melangkah ke pusingan kalah mati saingan tertinggi kelab Asia itu selepas muncul juara Kumpulan I dengan menyingkirkan pasukan besar termasuk Kawasaki Frontale dan Ulsan Hyundai.

Sementara itu, penjaga gol JDT, Farizal Marlias berharap sesuatu yang positif dapat dijelmakan Harimau Selatan selepas mereka menampilkan aksi konsisten di pentas Liga Malaysia (Liga M) selain bekerja keras di peringkat kumpulan ACL.

sumber:- BH

“Syukur Alhamdulillah, kami melepasi peringkat kumpulan dan ia bukan sesuatu yang mudah. Kami bekerja keras dalam saingan ini dan saya percaya kami mampu menjelmakan sesuatu esok,” katanya.