Kuala Lumpur: Selepas menonjol di Sukan Komanwel Birmingham 2022, Ketua Jurulatih Perseorangan Lelaki, Hendrawan mahu Ng Tze Yong meneruskan mom3ntum di Kejohanan Dunia yang bermula Ahad ini di Tokyo, Jepun.
Menurut pengendali kelahiran Indonesia itu, semua akan memberikan tumpvan kepada anak buahnya itu, namun beliau mengakui Tze Yong masih dalam proses untuk menjadi pemain terbaik.
“Ramai akan memberi fokvs kepadanya dan ia adalah sal4h satu cab4ran besar setiap kali Tze Yong mendapat keputusan cemerlang,” kata Hendrawan ketika ditemui media di Akademi Badminton Malaysia (ABM) hari ini.
Menurutnya, semua pemain akan berdepan ujian berbeza termasuk pemain perseorangan lelaki nombor satu negara, Lee Zii Jia.Saya harap media dapat membantu Tze Yong secara tidak langsung, tidak perlu terlalu membesarkan pencapaian diraihnya setakat ini.
“Jika kalah pula jangan mengkrItik keterl4luan. Prestasi Tze Yong memang meningkat beberapa bulan ini, namun dia masih dalam proses untuk menjadi yang terbaik,” katanya.
Tambah Hendrawan, perjalanan Tze Yong tidak akan sentiasa lancar kerana setiap pemain bakal berdepan kesuk4ran dan perlu berg3lut.
“Ada masa dia akan bergelut, begitu juga dengan Zii Jia dan saya sendiri serta semua orang,” kata Hendrawan.Tze Yong mempamerkan aksi terpuji di Birmingham 2022 selepas membantu skuad berpasukan campuran negara meraih emas apabila mengalahkan India 3-1 dalam perlawanan akhir.
sumber:hmetro
Selepas itu dalam acara individu, dia mara ke perlawanan akhir sebelum tump4s kepada pemain India, Lakhsya Sen 21-19, 9-21, 16-21.