sukan

Sri Pahang FC taw4n Penang FC di Laman Law4n

Georgetown: Sri Pahang FC meneruskan rentak cemerlang apabila menundukkan Penang FC 3-2 dalam saingan Liga Super di Stadium Bandaraya, sebentar tadi.

Penang FC tampak berhati-hati mengatur langkah menggunakan formasi 4-2-3-1 dengan pertama kali menampilkan gandingan Ariff Ar Rasyid, Faiz Subri, Sheang Tsung di bahagian tengah.

Skuad Tok Gajah pula memilih formasi 3-5-2 menyaksikan Andres Steven Rodriguez bersama Manuel Hidalgo di jentera ser4ngan manakala Azuan Ariffin dan Abdul Malik di bahagian sayap.

Penang FC terlepas peluang membuka jaringan pada minit ke-29 apabila percubaan Rafiuddin Roddin dinafikan penjaga gol, Mamadou Samassa yang pantas menampan bola.

Peny3rang import kelahiran Colombia, Andres Rodriguez memecah kebvntuan untuk meletakkan Sri Pahang di hadapan pada minit ke-44 sekali gus gol peribadi kelimanya pada saingan Liga Super musim ini.

Peny3rang import Penang FC, Lucas Silva dilayangkan kad kuning pada minit ke-51 selepas mengasari Azwan Aripin.

Rafael Vitor menyamakan kedudukan buat tuan rumah pada minit ke-64 menerusi sepakan penalti selepas Aziq Rahim dijatuhkan kapten Sri Pahang, Muslim Ahmad.

Andres Rodriguez meledak gol kedua Tok Gajah dengan remb4tan kenc4ng pada minit ke-74 selepas mendapat hantaran Nor Azim Azih.

Pemain tengah kelahiran Australia, David Rowley menambah derita pasukan tuan rumah dengan menghadiahkan gol ketiga Sri Pahang selepas menyempurnakan hantaran Manuel Hidalgo pada minit ke-81.

SUMBER:HMETRO

Lucas Silva cuba merap4tkan kedudukan dengan mencetak gol kedua skuad Harimau Kumbang pada minit ke-84 namun kedudukan 3-2 kekal sehingga permainan tamat.