sukan

Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) Luahankan hati

Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim tetap berbangga dengan persembahan anak buahnya sekalipun tersingkir di tangan Urawa Red Diamonds pada pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara Asia (ACL), sebentar tadi.

Tunku Ismail menyifatkan pencapaian skuad Harimau Selatan yang menempa sejarah sebagai pasukan sulung dari Malaysia layak ke pusingan kalah mati ACL sebagai satu penghormatan yang besar.

Satu penghormatan yang besar beraksi di peringkat tertinggi dan berprestij seperti ini. Di peringkat ini, anda tidak boleh melakukan sebarang kesalahan.

Apapun, ini satu perjalanan yang hebat dan memberi pengajaran yang baik buat pemain dan pasukan.

“Terima kasih Konfederasi Bolasepak Asia (AFC),” kata Tunku Ismail menerusi akaun Twitternya.

Terdahulu, hasrat JDT untuk menempa satu lagi sejarah mara ke suku akhir ACL 2022 tidak kesampaian apabila dib3lasah 5-0 oleh wakil Liga Jepun itu pada aksi Stadium Saitama.

JDT ketinggalan seawal minit keenam selepas Urawa Reds dihadiahkan sepakan penalti yang disudahkan Alexander Scholz sebelum Jens Karlsson mel3dak dua gol pada minit ke-19 dan minit ke-39 untuk berkelebihan 3-0 menuju masa rehat.

sumber:- BH

Pemain gantian, Kasper Junker menambah derita JDT dengan dua lagi gol (m86) dan (m90) untuk menjadikan kedudukan 5-0 selepas 90 minit permainan.