sukan

Luahan kata-kata penjaga gol JDT Setelah tewas dengan Urawa

Johor Darul Ta’zim (JDT) akan tampil lebih menyakinkan pada perlawanan peringkat tertinggi kelab Asia akan datang.

Perkara terbabit ditekankan kapten pasukan, Farizal Marlias yang melihat keputusan tidak memihak kepada JDT selepas tewas 0-5 ketika bertemu Urawa Red Diamonds bukanlah pengakhiran buat Harimau Selatan itu dalam usaha mencapai keputusan positif kelak.

Farizal berkata, nasib tidak menyebelahi JDT pada perlawanan terbabit apabila barisan pemain Urawa Red Diamonds beraksi lebih baik sekali gus berjaya merobek gawang pasukannya.

Keputusan terbabit menyaksikan nasib tidak menyebelahi kita untuk memenangi perlawanan itu dan semua pemain sudah berikan persembahan terbaik mereka dengan sedaya upaya mahu menghasilkan gol.

“JDT akan berusaha lebih keras lagi dan akan cuba memberikan saingan lebih sengit pada perlawanan akan datang,” katanya.

Pada perlawanan malam tadi menyaksikan JDT tewas 5-0 ketika bertemu Urawa Red Diamonds dalam pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Saitama.

Gol tuan rumah disempurnakan oleh pemain import mereka iaitu Alexander Scholz manakala empat lagi jaringan masing-masing disumbangkan David Karlsson dan Kasper Junker.

Mengikut rekod, keputusan itu sekali gus menyaksikan langkah JDT untuk ke suku akhir terhenti apabila tewas di saingan tertinggi kelab Asia itu.

Sementara itu, Farizal berkata, suasana stadium Saitama sungguh mengagumkan dengan sokongan tuan rumah dan penyokong JDT yang sanggup datang dari Malaysia untuk memberikan sokongan.

sumber:- HM

“Suasana sangat mengagumkan dan terima kasih kepada penyokong JDT yang sedia maklum datang dari Johor untuk memberikan sokongan,” katanya.